Saturday, 31 August 2013

MALAYSIA MERDEKA BERSAMA AR-RAHMAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MUKADIMAH

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku, adalah sebuah ungkapan rangkaian kata-kata kunci yang sebenarnya bukan melambangkan semangat Patriotisma, tetapi adalah semangat Jihad Islam untuk membebaskan Islam daripada belenggu Musuh-musuh Iahiriah dan batiniah manusia.

Malaysia mencapai Kemerdekaan Bersama Ar-Rahman, 31 Ogos 1957 adalah Hadiah Allah kepada Tanah Melayu, Merdeka bersama Rahmat dan Berkat dari Allah s.w.t.

Malaysia adalah tapak daulah yang dijanjikan, Bumi yang disimpan bernama "Madinah Kedua", Kebangkitan Akhir Zaman bermula dari sebelah Timur Nusantara.


NASIB "SEJARAH" PERJUANGAN "BERHALUAN KIRI"

Di Tanah Melayu sebelum Merdeka, telah muncul banyak pertubuhan persatuan yang telah dicop Berhaluan Kiri dikenali sebagai penentang Negara, mereka sebenarnya berjuang memerdekakan Negara ini secara Islam, akan tetapi tidak mendapat "Perkenan British" lantas pertubuhan persatuan mereka semua diharamkan.

Masih ingatkah kita usaha "Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur" dengan penggabungan Tanah Melayu dan Tanah Jawa untuk Janji Allah ini? mereka sudah lama berusaha dan berjuang lebih dahulu daripada kita, dibelakang mereka adalah Ulama Muktabar dan Ulama Amalin yang berjihad siang malam untuk memerdekakan Tanah Melayu secara Islam.

Di dalam Sejarah Malaysia, UMNO diketengahkan untuk mengetuai deligasi kemerdekaan, tidak dinafikan jasa besar mereka, akan tetapi Jasa bakti orang-orang yang disebalik tabir itu lebih mahal kerana terpaksa menempuhnya dengan susah payah dan kekangan British.

British adalah manusia yang dikurniakan kecerdikan Istidraj yang banyak, mereka sangat faham apabila mereka menyerahkan Kemerdekaan diuruskan oleh orang-orang yang "Berhaluan Kiri", nescaya Demokrasi dan Undang-undang mereka bakal berkubur lebih awal lagi daripada hari ini (Sekarang).

British Bimbang jika tiada orang melayu yang sudi menerima Demokrasi mereka, nescaya sampai ke hari ini Tanah Melayu masih dijajah lagi, Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, dengan Kasih SayangNya, muncullah UMNO diketuai Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Kerabat Utama Sultan Kedah (Keturunan Raja-Raja Melayu) sanggup menerima demokrasi demi memerdekakan Tanah Melayu, bermakna kita Merdeka adalah dengan perjanjian bersyarat.

Sehingga ke hari ini, Orang melayu dapat menerima demokrasi adalah "hasil Mujahadah" Raja-Raja Melayu yang sanggup menerima demokrasi demi keharmonian perpaduan semua, boleh jadi pada masa akan datang, Raja-Raja Melayu yang Baharu nanti, Mereka sendiri yang akan memansuhkan demokrasi dan Raja-Raja Melayu akan kembali Berkuasa Penuh terhadap Urusan Negara dan Islam, Itulah antara jadual Allah "Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur". 

Surah Ar-Rahman:

[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

[2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

[3]Dia lah yang telah menciptakan manusia


[4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

MADAH "MERDEKA BERSAMA RAHMAN"

Agung Pertama Kita Tuanku Abdul RAHMAN
Perdana Menteri pertama kita pula Tunku Abdul RAHMAN
Merdekanya Kita adalah Bersama AR-RAHMAN
RAHMAN adalah rahmat dari Allah Kepada Kita ORANG TIMUR

RAHMAN adalah satu Keramat kepada Kita
Kerana RAHMAN Berdirinya Beberapa Pemimpin kita
Merdekanya Kita Bersama RAHMAN suatu Petanda
Rahmat Allah Memenuhi Bumi merdeka bumi Malaysia

Apakah Maksud Tersirat dari perkataan RAHMAN?
Apakah R? A? H? M? A? Dan N??
Hasilnya Adalah nama Pemimpin bumi Merdeka kita
Nama Enam Pemimpin melalui RAHMAN

R: RAHMAN, Tunku Abdul Rahman,
A: ialah Tun Abdul Razak
H: pula Tun Husein Onn'
M: iaitu Tun Mahathir
A: itu Tun Abdullah
N: Najib Tun Abdul Razak

Ini bukanlah satu kebetulan, tetapi suratan Takdir Ilahi
Semoga Allah Memberkati Merahmati pemimpin kita
Semoga Mendapat Pimpinan dari Allah,
Merdeka Kita Bersama Rahman
Rahmat Allah Memayungi Bumi Malaysia
Bumi Simpanan Allah
Janji Allah Pasti Berlaku
Pemimpin ke Tujuh adalah RAHMAN LIL ALAMIN
“Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur”




MERDEKA 31.08.1957


"Tanah Melayu Bekas Tanah Naungan Ratu Inggeris"

PERUTUSAN KEMERDEKAAN YANG KE-56 2013 MASEHI /1434 HIJRAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Selawat dan Salam buat Baginda Termulia Rasulullah s.a.w.

Merdeka adalah satu perkataan yang membawa maksud Bebas daripada segala belenggu terikatan, Ungkapan Merdeka ini bukanlah diraikan dengan menyuburkan semangat Patriotik semata, lebih tepat lagi adalah dengan meraikan bersama hati yang turut berusaha menyuburkan Iman Taqwa itulah Semangat yang diharapkan lahir daripada hati yang nurani.

Merdeka yang sebenarnya tidak sekadar termaktub daripada belenggu penjajahan, akan tetapi membawa maksud bebas dari tipuan Nafsu dan Ideologi Sistem Sekular.

Merdeka yang diharapkan adalah Merdeka jiwa dari kesesatan dan godaan dunia itulah hakikat kemerdekaan, Merdeka bahagia bersama hati yang sentiasa terikat dengan Tuhan itulah Merdeka yang dicari.

Adab menyambut Merdeka adalah dengan mengenang jasa bakti orang terdahulu bersama Kesyukuran dan perasaan malu merendah diri itulah yang diharapkan, bukannya berbangga dan riuh rendah tidak kena dengan tempatnya, Merdeka yang sepatutnya adalah dengan Memuji Memanjatkan Kesyukuran dan Pengharapan agar dapat menyambut hari kemerdekaan hakiki di sana yang abadi.


Salam Kemerdekaan untuk kali ke-56 Tahun, "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku"

Sekian Ampun Maaf, "Salam keMERDEKAan"



Thursday, 29 August 2013

RAHSIA DISEBALIK PEMAKAIAN PAKAIAN BARAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH

Pemakaian sesebuah pakaian yang ragakan oleh sesuatu bangsa di dunia ini telah menjelaskan pelbagai hasil seni yang menjelaskan akan segala Peranan, identiti, serta peribadi yang berdiri pada kedudukan yang tersendiri, sekaligus melambangkan ketinggian ketamadunan serta Peradaban Umat Manusia.

Dari sudut pemakaian Umat Manusia, Setiap Bangsa di dunia sudah memiliki dan mempelbagaikan pemakaian mereka masing-masing sepanjang berkurun-kurun lamanya. 

Yahudi dan Nasrani adalah Pereka dan Perancang agenda kejahatan di setiap zaman Umat Nabi Muhammad s.a.w, Lantas mereka menyelinap masuk bersama pengaruh pemakaian mereka untuk disarungkan diragakan kepada seluruh Umat Manusia agar "Berprestej" seperti mereka.

Musuh-musuh Islam ini telah berjaya menutup Syiar berpakaian Sunnah di dalam Islam, Mereka juga telah berusaha selama beratus tahun untuk mempengaruhi dalam menanggalkan pakaian umat Islam yang tersedia ada dengan gaya berpakaian "Ala Barat" yang dicipta, sememangnya pemakaian pakaian barat tersebut melambangkan pelbagai "Agenda yang Tersembunyi".

Sehubungan dengan itu, Pemakaian Asal sesebuah Bangsa dilihat semakin pupus dan menjadi tinggalan sejarah akibat arus "Kemodenan" yang dicipta oleh musuh-musuh Islam.

LAMBANG KONSPIRASI DI DALAM PEMAKAIAN BARAT

Antara beberapa jenis pemakaian yang mengandungi unsur-unsur agenda Yahudi Nasrani iaitu:
  • Tali Leher / Tie
  • Tali Reben Leher / Bow Tie
  • Topi Yahudi / Leader Hat
  • Topi Graduasi Konvokesyen

TALI LEHER / TIE


Tali leher adalah Tali Pengikat Leher Manusia yang merupakan simbolik keterikatan manusia dengan sistem sekular ciptaan Yahudi Nasrani di dalam setiap urusan kehidupan.

Diragakan pada majlis dan urusan rasmi, semua lapisan masyarakat barat mengenakannya di dalam setiap urusan rasmi mereka.

Tali leher melambangkan simbol perhambaan yahudi terhadap manusia, dan Yahudi sememangnya mengaku bahawa mereka adalah Bangsa Pilihan Tuhan dan menganggap semua bangsa selain mereka adalah bangsa suruhan mereka, Begitulah Keangkuhan dan Keegoan Yahudi terhadap sekalian Manusia. 

TALI REBEN LEHER / BOW TIE


Bow Tie dikenakan kepada semua lapisan masyarakat barat dan banyak dapat dilihat terutama dari kalangan mereka yang bekerja di bidang Penyajian Pelanggan / Waiterres.

Melambangkan Simbol Salib Agama Nasrani, selain daripada pemakaian Tali Leher, Tali Reben juga popular pada majlis rasmi di Hotel-Hotel dan tempat yang Ekslusif.

Yahudi dan Nasrani juga telah memperkenalkan peraturan wajib bagi pelanggan yang ingin masuk ke Premisnya dan juga kepada Pekerja yang ingin bekerja dengan mereka sama ada wajib memakai Tali Leher atau Tali Reben mengikut kelayakan dan kelulusan akademik serta kemahiran mereka (Bakal Pekerja).

"Peraturan Yahudi untuk masuk ke Premisnya"

TOPI YAHUDI / LEADER HAT


Ini adalah Topi lambang kekuasaan Yahudi, Topi Yahudi adalah nama yang tepat kepada Leader Hat.

Mereka yang layak memakainya adalah dari kalangan yang berpangkat tinggi,berstatus tehormat dan Berpengaruh sekaligus akan dipandang mulia oleh bangsa mereka (Yahudi dan Nasrani).

Topi ini adalah sangat Ekslusif kepada Yahudi dan Nasrani, Mereka yang memakainya diibaratkan sebagai "Wakil Besar Yahudi".

Leader Hat juga merupakan bayangan kepada "Tuan kepada Yahudi" atau Big Boss Yahudi.

Antara kepelbagaian versi Topi ini adalah seperti Topi Koboi / Cowboy Hat dan Women Hat.

"Cowboy Hat"
"Women Hat"

TOPI GRADUASI KONVOKESYEN


Topi Graduasi Konvokesyen adalah salah satu "Topi Berperestej" yang akan dipakai oleh semua "Mahasiswa dan Mahasiswi" dunia ketika menghadiri Majlis Konvokesyen di Universiti dan Kolej-kolej di seluruh dunia.

Topi ini digandingkan bersama Jubah labuh ketika majlis konvokesyen yang sebenarnya merupakan "Jubah Pendeta Yahudi dan Nasrani", Jubah ini telah dimodenkan untuk menjadikannya "Rasmi" dan "Berprestej".

Topi Graduasi akan dipakai oleh setiap kelas pendidikan bermula dari Pra Persekolahan sehingga ke Universiti, boleh dikatakan semua peringkat penamat dan kejayaan pendidikan akan mengenakan Topi dan jubah konvokesyen

Topi Graduasi Konvokesyen ini melambangkan "Penghargaan dan Pengiktirafan Yahudi" terhadap Pelajar-pelajar yang telah berjaya menghabiskan kursus pendidikan yang direka dan diprogramkan oleh Yahudi Nasrani sendiri, setiap pelajar akan dibekalkan segulung Sijil untuk menjamin "Masa Hadapan" mereka dalam bidang pekerjaan melalui kelulusan tersebut. 

Pusat Utama Universiti Yahudi Nasrani adalah di Universiti Oxford, Universiti tersebut menjadi rujukan dan kiblat Ilmu di seluruh dunia sehinggakan Umat Islam pada hari ini akan berbagga jika berjaya dipilih menjadi Fello atau Penyarah Rasmi di Universiti tersebut, itulah realitinya pada hari ini.


"Jubah Konvokesyen"

KESIMPULAN

Sebelum kedatangan Para Penjajah, Umat Islam sudah memiliki Peradaban dan Pemakaian yang Indah dan tersendiri, akan tetapi pemakaian asal telah menjadi Tradisi dan sampingan sahaja, Jelas sekali Yahudi sudah berjaya menyeragamkan Pemakaian Umat Manusia mengikut Telunjuk Protokol Pemakaian mereka yang sememangnya penuh bersama tipu daya dan konspirasi.

Pemakaian pakaian barat kepada masyarakat dunia telah menjadi "Budaya Paksaanseterusnya menjadi kebiasaan dan Kewajipan Umat Manusia pada hari ini.

Yahudi Nasrani telah berjaya mencipta pelbagai simbol kejahatan Iluminati dalam pelbagai ruang,keadaan dan suasana, sama ada secara terang-terangan atau tersembunyi, Berhati-hatilah!

"Yahudi Ibarat Musang Berbulu Ayam"
Rasulullah S.A.W Bersabda:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” 

Diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.