Monday, 24 December 2012

PALESTIN GAZA


Gaza
Resah gelisah dalam derita
Perlindungan pembelaan tiada
Menjadi korban manusia durjana

Lahir ke dunia
Disambut peperangan
Dizalimi ditindas
Yatim piatu dibumi sendiri

Pajuang gaza
Bersendirian
Mempertahankan kedaulatan
 Allah tempat menagih pertolongaNya

Mereka pejuang sejati
Jatuh bangkit menyusun langkah
Teguh membela tanah suci anbiya
Syahid mulia disisi Tuhan

Palestin
Segala doa rintihanmu
Sangat dimakbulkan Tuhan
Berlakulah pelbagai keajaiban dariNya




SOLAT YANG AGUNG


Sembah sujudku
Hanya padaMu
Lima waktu
Sehari semalam

Namun apakan daya
Nikmat solat yang agung ini
Sukar dihayati dijiwai sepenuh hati perasaan
Bimbang lintasan hati datang menganggu

Setiap kali menghadapMu
Daku memperbaharui kalimah syahadahku
Mengulangi perjanjianku padaMu
Solatku,ibadahku,hidup matiku hanya untukMu

Tuhan
Solat yang agung ini
Engkau kurniakanlah kemanisanMu
Agar ibadahku ini dirohkanMu

Solat ini tiang agama
Rukun Islam kedua
Tanda pengabdian hamba pada TuhanNya
Agar hidup diberkati Tuhan hendaknya





UNIVERSITI KEHIDUPAN


Kehidupan masa depan
Bermula disini
Jalan dan peluang masih diberikan
Gunakan manfaatkan sebaiknya

Perjalanan masa depan yang indah
Perlu melalui jalan berliku disini
Banyak simpang siur
Pilihlah jalan yang lurus

Dunia adalah ujian
Tempat meraih merebut segala kebaikan
Untuk dibawa kesana
Disana tiada lagi peluang mengumpulkan bekalan

Disinilah tempatnya
Bersusah payah mujahadah
Kerana disana
Bersenang lenang tempat berehat

Inilah jalan kita
Jalan ujian dan hikmah dariNya
Masa depan dibina disini
Universiti kehidupan betarbiyah 


KEHIDUPAN SATU PELUANG


Kehidupan ini satu peluang
Pengabdiaanmu kepada Tuhan
Berbakti kepada manusia
Rebutlah peluang keemasan ini

Kehidupan ini mengajarkan
Akan erti pengalaman
Pengajaran di dalam kehidupan
Kehidupan adalah guru sejatimu

Kehidupan ini satu peluang yang terhidang
Untuk dirimu merebut kebaikan darinya
Untuk membuang segala keburukan darinya
Belajar dan menghargai kurniaan Tuhan

Peluang kehidupan
Jangan disia-siakan
Belajarlah mengenal penciptaMu
Kerana dia yang mencipta segalaNya

Hargailah peluang ini
Kerana ianya datang hanya sekali
Disinilah tempat bercucuk tanam
Kerana disana engkau akan menuaikan hasilnya




RAHSIA TUHAN TERHADAP MASA DEPAN


Masa depan
Itu rahsia dari Tuhan
Dia yang maha mengetahui
Akan segalanya yang bakal berlaku

Masa depan itu
Terkandung seribu satu hikmah
Tuhan sembunyikan
Untuk menguji hambanya

Adalah kewajipan kita
Berbaik sangka atas segala kerja Tuhan
Redha segala urusanNya
Kerana Dia masih memberi peluangNya

Masa depan kita
Adalah keselamatan disana
 Kita masih belum selamat
Dari bala azab murkaNya

Perjalanan menuju masa depan
Dengan persiapan bekalan dari sekarang
Masa dan peluang masih diberikan
Disana penentu kejayaan dan janjiNya pada kita



MEMIKIRKAN MASA DEPAN


Memikirkan masa depanmu
Untung nasib belum tahu
Masih misteri dan rahsia
Oleh itu jangan dirisaukan

Binalah peribadi akhlakmu
Kerana itu mencorakkan masa depan
Isilah dirimu dengan ilmu dan pengajaran
Itulah guru kehidupanmu

Jangan digelisahkan
Terhadap masa depanmu
Perkara yang patut sering engkau fikirkan
Adalah keselamatanmu disana kelak

Itulah masa depanmu
Pohonlah padaNya
Agar dirimu diberikan kekuatan
Untuk menempuh masa depanmu disana

Itulah ibu segala pengharapan
Iaitu Redha Allah dan pengampunanNya
Itulah keselamatan dan syafaat buatmu
Mudahan selamat menempuh masa depan disana



SUJUDKU PADAMU TUHAN


Nilai sujudku padaMu
Adakah taat setaatnya hatiku padaMu
Masih mengingkari laranganMu
Masih lagi cuai dengan perintahMu

Harga sujudku padaMu
Adakah dari hati nuraniku
Sujud bersama roh islam
Bukan sekadar jasad fizikalku semata

Sujudku padaMu
Seringku lalai tengelam dengan keasyikan dunia
Hati sukar menghayati sujud ini
Sedangkan Engkau sering mengingatkan perjanjian ini

Sujudku terhadapMu
Menguji ketaatan kesetiaanku
MenantikanMu pada setiap waktu
Dengan rindu dan cinta padaMu

Sujudku yang terakhir
Walaupun banyak cacat celanya
Tidak sempurna
Engkau terimalah wahai Tuhan