Monday, 28 July 2014

PERUTUSAN SYAWAL AIDIL FITRI 1435 HIJRAH


               السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ




ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALAHUAKBAR, WALILLAHILHAM.

Para ikhwan yang dikasihi sekalian,

Kita kini telah melangkah setahun lagi perkiraan bulan syawal dan ini bermakna zaman yang kita lalui ini sudah sampai ke penghujungnya iaitu yang dipanggil Akhir Zaman.

Kemuncak akhir zaman akan kembali kepada sistem Kekhalifahan islam yang dikenali sebagai Khulafa Akhirul Zaman.

Mahu tidak mahu,petanda dan alamat-alamat yang dinyatakan di dalam hadis-hadis akhir zaman sudah banyak berlaku dan menjadi kenyataan.

Dewasa ini kita telah dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang menggemparkan bukan sahaja di Malaysia,malah diseluruh dunia amnya.

Justeru itu marilah kita kembali bersatu dan memperkuatkan saf-saf jemaah muslimin di negara dan rantau kita agar pihak musuh terutamanya yahudi zionis tidak dapat menyerang kita melalui pelbagai teknik dan teknologi di zaman moden ini.

Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha agar Islam yang kita pegang dan anuti ini dapat diperjuangkan sehingga ke peringkat ummah tidak lama lagi.

Hari Raya di dunia adalah Raya kecil dan Syurga kecil. Raya yang membawa kepada Syurga kecil (Syurga sebelum syurga) adalah Raya yang saling memaafkan dan Redha meredhai antara satu sama lain.

Ziarahilah kesemua saudara kenalan jiran tetangga,juga dengan sanak saudara kita yang sudah berpindah alam (Alam Barzakh), kerana orang-orang yang menghubungkan siraturrahim adalah satu Sunnah Rasulullah saw dan sangat dipandang Allah swt. Marilah kita semua usahakannya demi mendapat keredhaan kemaafan Allah terhadap diri kita semua.

Hari raya yang sebenar-benarnya adalah di syurga Akhirat untuk orang yang bertaqwa dan qalbun salim (Jiwa dan Roh yang tenang dan selamat).Raya yang tidak ada musimnya,hari raya selama-lamanya, itulah di Syurga Akhirat kelak.

Akhir kata, Berayalah dengan tatatertib dan adab-adab Rasulullah saw serta berayalah dengan penuh keinsafan dan tawadduk.

Sekian ampun maaf daripada penulis:

AHMAD AFIQ AL-KELANTANI


Friday, 25 July 2014

SAYIDINA FATA AL-QATHANI R.A (PENUTUP KHALIFAH ISLAM)


               السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH


Kekhalifahan Islam di akhir zaman atau lebih dikenali sebagai Khulafa Akhirul Zaman dipimpin oleh beberapa tokoh Khalifah iaitu:

  • Sayidina Imam Mahdi Al-Muntazar as                          
  • Nabi Allah Isa Al-Maseh as                                         
  • Sayidina Fata Al-Qathani ra                                           

Di akhir zaman sebelum dunia akan kiamat, akan muncul seorang putera dari “Al-Qahthan”, dengan kemunculannya, orang-orang akan taat kepadanya (menjadi pengikut dan pembantu), dan berkumpul berhalaqah kepadanya (tempat rujukan dan perlindungan).

Perkara ini akan terjadi ketika zaman telah berubah iaitu (selepas kewafatan Imam Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Allah Isa Al-Maseh as).


HADIS RASULULLAH MENGENAI SAYIDINA FATA AL-QATHANI R.A


Terdapat sebuah hadis Rasulullah s.a.w mengkhabarkan mengenai kedatangan  “Al-Qathani” iaitu:

Imam Ahmad R.H dan Asy-Syaikhani R.H meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda:


“Tidak akan tiba hari Kiamat hingga keluar seorang lelaki (putera) dari Qahthan yang menggiring manusia dengan tongkatnya.”



(Riwayat Imam Al-Bukhari R.H dan Imam Muslim R.H)


Di dalam kitab At-Tazkirah, Imam Al-Qurthubi R.H menghuraikan maksud hadis ini dengan penjelasannya:

“Menggiring manusia dengan tongkatnya” adalah bermaksud sebuah kiasan daripada ketaatan manusia kepadanya dan kesefahaman kesepakatan manusia mentaatinya, ianya bukanlah bermaksud tongkat secara khusus (hakikat). Itu hanya sebagai sebuah perumpamaan daripada ketaatan manusia kepadanya dan kekuasaan yang Allah kurniakan kepadanya (Al-Qathani).

Al-Qurthubi R.H juga menyebutkan lagi ciri-ciri Al-Qathani adalah beliau sangat keras (menentang) akan kemaksiatan kemungkaran dan merupakan orang yang soleh (bertaqwa) yang menghukum dan memerintah dengan adil.


ATSAR SAHABAT MENGENAI SAYIDINA FATA AL-QATHANI R.A


Terdapat beberapa Atsar sahabat Rasulullah s.a.w yang menceritakan mengenai “Al-Qathani” iaitu:

(1) Ibnu Hajar daripada Nu’aim Bin Hammad Al-Khuza’i, beliau meriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Amru Al-as R.A berkata:

“Para khalifah”, (Khulafa Ar-Rasyidin,Bani Umaiyah,Bani Abbasiyah,Bani Uthmaniyah serta Khulafa Akhirul Zaman iaitu Imam Mahdi Al-Muntazar as & Nabi Allah Isa Al-Maseh as) kemudian dia berkata, “Dan seorang putera dari Qahthan.” (Sayidina Fata Al-Qathani R.A).

(2) Dari Sayidina Abdullah bin Amru Al-as R.A beliau berkata:

 “Akan ada seorang raja / Khalifah
 (penguasa) dari Qahthan”.

(3) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas

(Sayidina Abdullah bin Abbas r.a), beliau berkata:

“Dan seseorang dari Qahthan, semuanya 
(orang Qahthan) adalah orang shalih.”


MAKSUD AL-QATHAN & KESEPAKATAN PARA ARIFBILLAH

Menurut para Arifbillah dan Ahli Makrifat, mereka telah mendapat ilham dan isyarat bahawasanya Sayidina Fata Al-Qathani sudah muncul (wujud didunia), beliau masih muda dan menjadi Anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Ada juga Ulama muktabar membahaskan Al-Qathani adalah Al-Fatani / Al-Fatoni menurut "isi matan" atsar sahabat yang menyebut Al-Qathan adalah bangsa yang soleh.

Al-Fatani / Al-Fatoni berasal dari suku kata Al-Fatonah yang bermaksud Bijaksana, Cerdik, Alim, Arif dan membawa maksud lain iaitu Soleh (punca kebijaksanaan).

Dari segi bahasa, Al-Qahtan atau Al-Qathani adalah merujuk kepada sebuah gelaran nasab keturunan yang berasal daripada penduduk Yaman dari kalangan Himyar, Kindah, dan Hamadan.

Keturunan ini juga telah bercampur dengan Ahlul Bait Rasulullah dan penempatan mereka telah bertebaran luas di muka bumi Allah (tidak sekadar menduduki Yaman).


ULASAN AKHIR 


Al-Qathani adalah Ikhwan utama dan paling bertaqwa yang masih hidup setelah kewafatan Imam Mahdi Al-Muntazar as dan Nabi Allah Isa Al-Maseh as.

Sayidina Al-Qathani R.A akan dilatih dididik secara langsung oleh Imam Mahdi a.s sebelum baginda wafat. ketika itu Al-Qathani akan mula dikenali dan mahsyur di pertengahan pemerintahan Imam Mahdi Al-Muntazar a.s sebagai pembantu baginda.

Diwaktu pemerintahan Nabi Allah Isa Al-Maseh as, Al-Qathani dikekalkan sebagai pembantu kanan kepada Nabi Allah Isa Al-Maseh as.

Al-Qathani adalah penyambung sisa Kekhalifahan terakhir dan beliau memimpin umat manusia dalam beberapa tempoh yang dekat / seketika (sebelum kiamat).

Selepas Al-Qathani muncul dan memerintah dalam beberapa waktu dan ketika, Dunia akan kiamat, (Allah s.w.t mengirimkan angin dingin mencabut nyawa orang-orang beriman).

Sayidina Fata Al-Qathani diangkat darjat martabatnya oleh Allah s.w.t untuk menjadi Khalifah terakhir sekaligus penutup sekalian Khalifah Allah diatas muka bumi ini.


Saturday, 19 July 2014

HAMAS - FATAH BERPISAH TIADA




Hamas dan Fatah
Saudara terpisah
Hentikan kepentingan
Agar tidak kerugian

Hamas dan Fatah
Penjaga tanah wakaf
Bersendirian membela
Allah tetap membantu

Hamas dan Fatah
Dunia Islam inginkan ikatan hati
Satukan kefahaman kesatuan
Untuk Islam akhir zaman

Hamas dan Fatah
Ayuh gempur Zionis durjana
Yang mengapi-apikan kesefahaman
Yang memisah-misahkan kesatuan

Hamas dan Fatah
Dengan jalinan perdamaian
Allah bukakan segala keajaiban
Bersama Al-MuntazarNya 


Friday, 4 July 2014

MELAYU BERJIHAD DI KOSTANTINOPLE 1453 MASEHI

               السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



Pada Tahun 1453 Masehi, Empayar Turki Uthmaniyah dibawah pimpinan Sultan Muhammad II Al-Fateh datang membebaskan Kota Kostantinople daripada Empayar Rom Byzantine Ortadoks.

Baginda membawa lebih kurang 200,000 tentera Janissari (tentera darat) dan Armanda laut menuju ke Kostantinople.

Sebelum terkumpulnya sejumlah pasukan Islam yang paling ramai dalam catatan sejarah pada masa itu, Sultan Muhammad II Al-Fateh telah mengeluarkan fatwa Jihad melalui gurunya Syeikh Shamsuddin Al-Wali untuk membebaskan Kostantinople sepertimana yang disebut didalam Hadis Baginda Rasulullah saw.

Seruan Jihad ini mendapat sokongan dan dokongan diseluruh tanah naungan Uthmaniyah dan juga kerajaan-kerajaan Islam di nusantara jauh.

Kesultanan Melaka dan Kesultanan Acheh antara yang menghantar bantuan tentera tambahan untuk menjayakan misi Jihad umat islam ini.

Maka berdatanganlah sejumlah beribu-ribu Orang Melayu Bani Jawi dari nusatara membantu perjuangan Turki Uthmaniyah di dalam membebaskan kota Kostantinople daripada Rom Byzantine Ortadoks.

Sesungguhnya Kota Kostantinople itu tidak akan berjaya ditakluki selagi tiada Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera.


Pasukan Sultan Muhammad II Al-Fateh bergerak menuju Kostantinople

HADIS MENGENAI PEMBEBASAN KOSTANTINOPLE

Hadis Penaklukan Kostantinople kali pertama:


Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “Kostantiniyah (Islambol) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera”  
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Rasulullah s.a.w bersabda: “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Dari Abu Qubail berkata: Ketika kita sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau Rumiyah?
Abdullah meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya. Kemudian dia mengeluarkan kitab. Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah/Roma?
Rasul menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” Yaitu: Konstantinopel.
(HR. Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)


Hadis tersebut ditujukan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan Pasukan terbaiknya. Melayu Bani Jawi termasuk antara pasukan sebaik-baik tentera.

Bangsa melayu Bani jawi akan memegang dan mengibarkan Panji-panji Hitam di bawah Al-Mahdi Al-Muntazar as pada akhir zaman.

Al-Mahdi adalah sebaik-baik pemimpin di Akhir zaman, dan Pasukan Al-Mahdi dari Timur dan Barat adalah sebaik-baik pasukan .

Hadis penaklukan Kostantinople kali kedua:


Rasulullah Saw bersabda,
 “Apakah kalian pernah mendengar suatu kota yang terletak sebagiannya di darat dan sebagiannya di laut? 
Mereka (para sahabat) menjawab: Pernah wahai Rasulullah.

 Beliau Saw bersabda: Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ia diserang oleh 70,000 orang dari Bani Ishaq.

 Ketika mereka telah sampai di sana, maka mereka pun memasukinya. Mereka tidaklah berperang dengan senjata dan tidak melepaskan satu panah pun. Mereka hanya berkata Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka runtuhlah salah satu bahagian dari kota itu. Berkata Tsaur (perawi hadits): Saya tidak tahu kecuali hal ini ; hanya dikatakan oleh pasukan yang berada di laut. Kemudian mereka berkata yang kedua kalinya Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka runtuhlah pula sebahagian yang lain (darat). Kemudian mereka berkata lagi Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka terbukalah semua bahagian kota itu. Lantas mereka pun memasukinya. Ketika mereka sedang mengagih-agihkan harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah (syaitan) yang menyamar menjadi manusia seraya berteriak : Sesungguhnya dajjal telah keluar. Kemudian mereka meninggalkan segala sesuatu (harta rampasan perang) dan kembali (pulang).”

 HR. Muslim. Kitab Fitan wa Asyratus Sa’ah

Di Akhir zaman, Kota Kostantinople akan ditakluk kembali oleh sebuah pasukan "Bani Ishak" berjumlah 70,000 orang dari barat, mereka adalah pasukan Al-Mahdi dari barat yang memegang Panji Putih-Kuning Al-Mahdi.


ULASAN AKHIR

Orang Melayu "bertanjak" bersama tentera Turki Uthmaniyah

Gambar ini adalah hasil lukisan orang-orang Turki terdahulu dalam menceritakan dan mengambarkan akan suasana sebenar sebuah peristiwa besar yang penuh bersejarah pada masa itu (Penaklukan Kota Kostantinople).

Gambar sejarah ini telah berusia ratusan tahun (pada abad ke-16) dan masih disimpan rapi sehingga ke hari ini. inilah antara gambar yang menjadi bukti kepada kita akan sebuah pasukan Turki Uthmaniyah dan tentera bantuannya yang datang dari seluruh pelusuk dunia islam dalam membantu membebaskan Kota Kostantinople.

Di zaman tersebut masih belum ada teknologi gambar hitam putih, orang-orang Turki yang sezaman pada masa itu telah merekodkannya dengan melukis dan menggambarkan peristiwa yang berlaku, dengan gambar-gambar inilah sejarah sebenar bercerita.

Sejarah kedatangan bangsa melayu berjihad di Kostantinople tidak disebut dan diceritakan oleh para sejarawan, ianya sengaja tidak ditulis dan diketengahkanSudah pasti ada tangan-tangan jahat yang menyembunyikan hakikat kisah sejarah yang sebenar ini.

Penulis sendiri pernah bertanya kepada bangsa Turki akan kesahihan sejarah bangsa Melayu pernah datang berjihad di bumi Kostantinople, mereka memberitahu bahawasanya Orang Melayu pernah datang membantu mereka dalam membebaskan Kostantinople.

Betapa jauhnya pengembaraan bangsa melayu bani jawi dalam menyahut seruan berjihad, inilah bukti perhubungan dan kerjasama antara Empayar Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan-kerajaaan Kesultanan Islam di Nusantara yang sudah lama tegak berdiri dengan kukuh.

Ketahuilah wahai bangsa bani jawi sekalian, kamu semua termasuk didalam "Sebaik-baik Tentera" yang telah disabdakan Rasulullah saw lebih 1400 tahun yang lalu, bersiaplah wahai bangsa Alter untuk perjuangan Islam akhir zaman bersama Al-Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Isa Al-Maseh as.



Wednesday, 2 July 2014

CIRI-CIRI PENGIKUT DAN PEMBANTU AL-MAHDI AL-MUNTAZAR

                  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ





Sayidina Al-Mahdi Al-Muntazar as mempunyai pengikut dan pembantu yang ramai di seluruh dunia. ini kerana Al-Mahdi akan disokong dan didokong oleh Manusia dari seluruh belahan dunia. Mereka semua akan berbondong-bondong datang berbaiah kepada Al-Mahdi.

Di sini dinyatakan beberapa petunjuk awal untuk mengenali para pengikut dan Pembantu Al-Mahdi dari serata dunia.

Bakal pengikut dan pembantunya ini adalah antara calon-calon utama di dalam Divisyen (Pasukan) Al-Mahdi dari timur dan barat pada masa akan datang.

CIRI-CIRI FIZIKAL PENGIKUT AL-MAHDI
  • Bergigi jarang 
  • Mempunyai renggang pada barisan gigi

Huraian:

Ciri-ciri ini terdapat pada seluruh bangsa manusia di dunia, masih ramai antara mereka yang belum memeluk islam, akan tetapi setelah mendapat seruan Al-Mahdi, mereka sendiri akan bersegera berbondong-bondong masuk Islam dan menjadi pengikut Al-Mahdi yang setia, mereka juga bakal menjadi pemegang Panji Putih-Kuning Al-Mahdi yang disebut berada di sebelah barat.

Dari kalangan mereka ramai yang bakal menjadi Asoib dari barat (Asoib barat) dan (Hawariyyun Al-Mahdi).


CIRI-CIRI FIZIKAL PEMBANTU AL-MAHDI

  •  Kaki tempang sebelah atau pernah patah kaki
Huraian:

Kaki tempang sebelah yang dimaksudkan adalah terjadi dari kemalangan atau sejak azali. Patah kaki akibat kemalangan boleh menyebabkan seseorang itu akan berjalan dengan tidak sempurna atau dengan erti kata lainnya jalan bertempang.

Akan tetapi ada juga mereka yang tidak tempang dan tidak pernah patah kaki tetapi apabila dia berjalan kelihatan seperti bertempang (jalan bertempang tanpa disengajakan).

Ciri-ciri fizikal ini hanyalah khusus kepada orang islam sahaja dalam mengenali ciri-ciri pembantu Al-Mahdi.

Pembantu Al-Mahdi yang dimaksudkan adalah Ikhwan dan Asoib.

Ikhwan adalah pemegang panji hitam Al-Mahdi dari timur dan dibantu Asoib timur.

ULASAN AKHIR


Perkara ini hanyalah sekadar pengetahuan asas dan merupakan tanda-tanda awal seseorang itu dikenali sebagai pengikut dan pembantu Al-Mahdi Al-Muntazar.

Panduan zahir ini tidak disebut di dalam hadis Rasulullah saw atau atsar sahabat dan tabi'en, tetapi ciri-ciri ini hanyalah disebut dan dibahaskan oleh Ulama Muktabar yang Khasyaf dan mendapat petunjuk ilham dari Allah swt.

Para Ahli Makrifat sudah maklum dan mengetahui akan segala tanda-tanda zahir ini (yang dikurniakan Allah swt kepada mereka), dan perkara ini tidak menjadi kelebihan kepada seseorang itu yang memiliki ciri-ciri ini tetapi sekadar petunjuk asas dan persiapan mereka. (Semuanya atas pilihan dan kehendak Allah swt).

Tanda-tanda zahir ini tidak sepenuhnya tepat kecuali setelah disertakan dengan firasat hati dan tanda-tanda awal yang mencukupkan syarat petunjuk tersebut.

Jika kita lihat kesemua pengikut dan pembantu Al-Mahdi serba kekurangan, itu adalah fitrah semua manusia yang tidak sempurna, sesungguhnya hati nurani itu sangat dipandang Allah swt daripada fizikal manusia, yakni pandangan Allah lebih halus (dalaman) daripada pandangan manusia yang hanya kelihatan pada pandangan luaran sahaja.



"SESUNGGUHNYA AL-MAHDI ITU DIIKUTI (DIBAIAH), BUKAN MENGIKUTI. (DIA MENCATUR BUKAN DICATUR)"


DIVISYEN BANTUAN AL-MAHDI DARI BARAT

               السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ




Ciri-ciri Divisyen Bantuan Al-Mahdi dari barat

  • Menerima seruan Al-Mahdi & Masuk Islam
  • Membentuk barisan sejauh 40 batu
  • Pemegang Panji Putih-Kuning
  • Menakluk Kota Besar Kristian di Benua Amerika
  • Membantu Pasukan utama Panji hitam Al-Mahdi

Huraian:
  • Menerima Seruan Al-Mahdi & Masuk Islam
Setelah mendengar akan perkhabaran sebuah kebangkitan bangsa Alter dari timur, lantas mereka mempersiapkan diri dengan menerima menyahut seruan Al-Mahdi dan masuk islam secara berbondong-bondong. (memperbaharui lafaz tauhid syahadah)

Keturunan mereka memiliki perjanjian dengan Al-Mahdi untuk membantu perjuangannya di akhir zaman.

  • Membentuk barisan sejauh 40 batu

Setelah bersiap siaga, mereka mula bergerak secara beramai-ramai dalam satu barisan panjang sejauh 40 batu.

Mereka berarak seperti sebuah benteng yang sangat ramai, belum pernah terjadi dalam sejarah berlaku sebuah perbarisan perarakan yang seramai ini.

1 batu = 1.6 Kilometer
40 batu x 1.6 Kilometer = 64 Kilometer

Dianggarkan sebuah divisyen bantuan ini bergerak seramai satu barisan sejauh 64 Kilometer panjangnya demi memenuhi seruan Al-Mahdi berjuang untuk Islam akhir zaman.

  • Pemegang Panji Putih-Kuning

Mereka datang bersama Panji Putih-Kuning dengan memiliki nombor pada setiap panji-panji mereka, setiap panji bernombor tersebut terdiri daripada satu Batilion pasukan, terdapat beratus-ratus panji yang ditandakan dengan nombor-nombor batilion yang diketuai oleh setiap ketua batilion pemegang panji bernombor.

  • Menakluk kota besar kristian di Benua Amerika

Destinasi pertama mereka adalah bergerak untuk menawan sekalian kota besar Kristian di benua amerika.

Setelah mereka berjaya menawan kesemua kota-kota tersebut, mereka mengisytiharkan diri sebagai antara Divisyen Al-Mahdi.

Mereka menawan sekalian kota-kota tersebut secara aman untuk Al-Mahdi dan menguasai kesemua bahagiannya serta membuat persiapan untuk ketibaan Al-Mahdi.

  • Membantu pasukan utama panji hitam Al-Mahdi 

Divisyen bantuan Al-Mahdi dari barat adalah sebuah pasukan bantuan yang menghimpunkan keseluruh pasukan-pasukan kecil Al-Mahdi dari seluruh dunia.

Mereka semua merupakan pasukan bantuan dan simpanan yang sentiasa bersiap siaga untuk dikerahkan oleh Al-Mahdi.

Mereka akan bersama-sama pasukan utama Al-Mahdi di dalam usaha penaklukan besar-besaran seperti Menawan kota Rom Timur dan Barat, serta perang pembebasan Baitul Maqdis.


Tuesday, 1 July 2014

DIVISYEN UTAMA AL-MAHDI DARI TIMUR

                 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ





Ciri-ciri Divisyen Al-Mahdi dari Timur:

  • Ketua kepada pasukan timur & barat
  • Pasukan yang sentiasa menang
  • Hati kepingan besi
  • Pemangkin kebangkitan bangsa Alter
  • Pahlawan luar biasa

Huraian:

  • Ketua pasukan timur & barat
Ketua Divisyen utama Panji-panji hitam dari timur diketuai oleh seorang ketua Jeneral  utama Al-Mahdi yang bernama "JUNDULLAH HALILINTAR", juga digelar AL-HASYIMI, beliau adalah pemegang Panji Al-Mahdi semasa Perang Malhamah Kubra.

Beliau memegang amanah sebagai ketua utama pasukan timur dan barat Al-Mahdi diseluruh dunia.

  • Pasukan yang sentiasa menang

Pasukan Al-Mahdi akan sentiasa menang dalam setiap pertempuran dan tidak akan kalah-kalah kecuali Muslihat berundur seketika.

  • Hati kepingan besi

Sayidina Al-Hasyimi adalah antara yang dimaksudkan di dalam hadis "Yang memiliki hati seperti kepingan-kepingan besi". ini kerana kekentalan Alter beliau yang sangat luar biasa.

Pasukan divisyen utama Al-Mahdi dari timur turut memiliki hati-hati yang solid.

  • Pemangkin kebangkitan bangsa Alter

Al-Hasyimi merupakan antara tokoh pemangkin kebangkitan Bangsa Alter Al-Mahdi dari timur dan barat.

Penggerak panji-panji Al-Mahdi ke seluruh dunia dibawah perintah arahan Al-Mahdi Al-Muntazar.

Bangsa Alter menjadi luar biasa kerana ketaqwaan pemimpin dan pengikut.

  • Pahlawan luar biasa

Penggempur berbisa kepada barisan musuh.

Pemusnah benteng kubu musuh.

Semangat jihad yang luar biasa yang menggerunkan para musuh dan penentang.