Friday, 30 November 2012

JANJI ALLAH UNTUK BAITUL MAQDIS


Palestin tanah suci Islam
Menjadi tangungjawab ummah
Bersama membela mempertahankan
Kesucian tanah para anbiya disana

Palestin sudah cukup menderita
Penderitaannya harus dibela
Tangisanya perlu dihentikan
Kesusahannya perlukan bantuan

Palestin tidak keseorangan lagi
Tidak akan miskin papa selamanya
Tidakkan yatim piatu lagi
Kerana perhatian menjadi keutamaan

Palestin tidak akan kalah lagi
Kerana Rasulullah telah berjanji
Bahawasanya baitulmaqdis akan ditawan semula
Oleh orang-orang timur

Janji ini sudah hampir
Berita gembira untuk umat islam
Yahudi akan diperangi sehabisnya
Diusir keluar dari tanah sucimu



Thursday, 29 November 2012

KITA TAKUT PADA SIAPA



Kita takut siapa
Kepada Allah atau manusia
Manusia kita gigih bersungguh
Dengan Allah kita berkira bersungut

Kita takut siapa
Musuh kita berkawan,kawan kita bermusuh
Terbalik porak-perandalah jadinya
Bila kita takut menentang musuh Allah

Kita takut siapa
Manusia kita cuba penuhi kehendaknya
Kenapa tidak pula kepada Allah
Memenuhi kehendak patuh arahanNya

Kita takut siapa
Jika manusia kita patuhi larangannya
Kenapa tidak pula kepada Allah
Menjauhi segala laranganNya

Kita takut siapa
Allah ataupun manusia
Jika manusia rosaklah aqidah kita
Jika Allah mudahan mendapat petunjukNya








CINTA ADALAH FITRAH MANUSIA



Cinta adalah fitrah kehidupan
Manusia mencari cinta sejati
Cinta Mahkluk tidak kekal
Cintakan Tuhan adalah abadi

Cinta pada dunia merosakkan diri
Kerana dunia menipu daya
Cinta dunia merugikan diri
Kebenaran cinta adalah dari Tuhan

Cintakan akhirat cinta hakiki
Kerana disanalah tempat yang abadi
Cintanya perlukan pengorbanan diri
Berusahalah memburu cintanya

Fitrah manusia Ingin mencintai dicintai
Binalah cinta atas dasar keimanan
Kerana ianya hubungan dengan Tuhan
Cinta mencintailah keranaNya

Jadikanlah Allah cinta agung
Fitrah manusia akan terbela
Cinta mencintailah berlandaskan syariat
 Tagihlah cinta pohon restuNya




Wednesday, 28 November 2012

SAHABAT SEJATI


Dimanakah sahabat sejati
Sukar sekali mendapatkannya
Bukan mudah yang disangka
sahabat sejati sukar dicari ganti

Sahabat sejati kian berkurangan
Kerana kurangnya iman taqwa
Hati mudah lesu sekali
Menuju kebinasaan diri sendiri

Berhati-hatilah memilih sahabat
Tersalah pilih binasakan diri
Carilah yang benar berilmu di dada.
Kerana sahabat cermin perilaku diri

Ambillah sahabat sejati sebagai pilihan
Kenalilah sahabat sebelum bersahabat
Sahabat sejati membawa kebahagiaan
Sahabat sejati kini seribu dalam satu

Bersahabatlah kerana Tuhan
Nescaya mendapatkan manfaatnya
Kasih sayang terjalin
Ikatan persaudaraan sesama Islam 





KAWAN DAN KENALAN


Kawan dan kenalan
Banyak perbezaannya
Kedatangan kenalan tanpa dicari
Perginya kawan sukar diganti

Kawan sejati sukar dicari
Yang ramai hanyalah kenalan
Kenalan tidak banyak membawa faedah
Kawan pula banyak manfaatnya

Dimanakah kawan sebenarnya
Masihkan ada kawan yang sejati
Kerana kawan sejati dapat menemani kita
Susah senang sanggup membantu

Kawan-kawanku semua
Berhatilah mengambil kawan
Agar kawan tak jadi lawan
Juga agar kawan tak makan kawan

Carilah kawan yang sejati
Yang boleh membantu dikala memerlukan
Merasa simpati masa kawanya sedih
Berasa senang dikala kawanya gembira




KESEDIHAN HATI


Kesedihan melanda dihati sanubari
Lenangan air mata bercurahan dipipi
Bagai ombak mengganas ditepi pantai
Kemarau dihati sanubari

Kesedihan kepiluan
Terus melanda
Menyebabkan hati gersang
Kemarau bagai tanah yang merekah

Siapakah mampu menghentikan kesedihan ini
Yang terus menerus menghimpit
Jaganlah hiba pujuklah hati
Redhalah segala Ketentuan ilahi

Semua yang terjadi ada hikmahNya
Janganlah dibiarkan terus kesedihan ini
Pintalah keredhaanNya
Nescaya Hati akan dipujuk tenang

Jangan bersedih dengan dunia ini
Sedihlah kerana dosa yang dilakukan
Sedihlah mengenang nasib diri disana
Mudahan kita bijak dalam berperasaan



KASIH SAYANG (2)


Kasih sayang
Sangat mahal di zaman ini
Dunia tandus kasih sayang
Di mana hendak ditemui lagi

Sudah lama tak ditemui
Kasih sayang yang sejati
Tidak boleh dijual beli
Derita hidup tiada pembelaan

Kasih sayang kini
Hanya ada bila berkepentingan
Hidup kepuraan lakonan semata
Semuanya kerana kepentingan diri

Dimanakah kasih sayang
Untuk diperolehi lagi
Belas kasihan simpati sudah hilang
Kerana jiwa mati ketandusan iman

Alangkah indahnya
Hidup berkasih sayang
Fitrah manusia kembali terpelihara
Adakah masih ada harapan lagi