السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MUKADIMAH
Boria Pulau Pinang adalah sejenis teater musikal tradisi yang berasal dari negeri Pulau Pinang. Kesenian Boria telah menjadi warisan negara malaysia dan dilindungi oleh badan sejarah warisan dunia yang dikenali sebagai "UNESCO".
Sesebuah kumpulan boria memiliki 40 sehingga 60 orang ahli
termasuk Penaja, Tukang karang, Kelasi dan Pemuzik.
Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan atau
lawak jenaka dan juga nyanyian. Kedua-dua segmen ini saling bergantungan di antara satu sama lain dalam
menentukan mutu persembahan.
ASAL USUL NAMA BORIA
Sesetengah pengkaji berpendapat bahawa perkataan boria
diambil dari perkataan Hindustan yang membawa maksud 'tikar'. Perkataan ini timbul kerana kumpulan boria
ketika itu menggunakan pakaian yang diperbuat daripada tikar. antara sebab utama Pakaian asal Boria daripada Tikar adalah kerana demi menghayati kesusahan penderitaan yang dihadapi Sayidina Hussein R.A di Karbala.
Selain itu juga, ada yang berpendapat bahawa perkataan boria
berasal dari perkataan 'borai'. Borai
dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang membawa maksud gila atau
sasau. Ini disebabkan oleh pelbagai kelakuan
pemain boria serta pakaian mereka semasa persembahan seperti orang gila.
Satu lagi pendapat mengatakan bahawa boria berasal dari
perkataan 'Bori'. Bori adalah satu kaum
yang berasal dari Gujerat, India. Mereka
berpindah serta menetap di Pulau Pinang dan kaum inilah yang dikatakan
memulakan permainan boria di Pulau Pinang.
PEMAKAIAN AHLI BORIA
Tarbus Merah telah menjadi identiti rasmi boria pulau pinang, sebelum itu tarbus merah pernah menjadi pakaian rasmi Kekhalifahan Turki Uthmaniyah.
Selain Tarbus, Para pengiat Boria terutama Tukang karang boleh mengenakan Songkok Melayu,Topi dan sebagainya.
Pakaian tukang karang sebaiknya berlainan dari pakaian sailor (kelasi). Tukang karang harus berpenampilan lebih tersendiri dan menarik. tukang karang juga boleh memakai bengkung dipinggang. Lebih menarik kalau berwarna-warni dan berkilau-kilauan.
Jika jalan cerita yang persembahkan mengenai perpaduan, para kelasi boleh berpakaian tradisional mengikut setiap kaum,kelasi juga boleh meragakan pakaian beruniform.
ALATAN MUZIK BORIA
Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria
tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk
membawa irama dan melodi yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang.
Kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan
violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat
digunakan, semakin menarik sesebuah persembahan tersebut.
Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin,
gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain.
"Gambus" |
"Harmonika" |
"Tabla" |
SEJARAH DISEBALIK "BORIA PULAU PINANG"
Dikatakan teater boria ini berasal daripada Pengaruh penganut Syiah, Boria telah mula berkembang selari dengan dengan perkembangan fahaman Syiah.
Di mana-mana sahaja terdapatnya kaum Syiah maka teater ini pasti wujud. lantas berkembanglah teater ini ke Parsi (Iran), India, Pakistan dan seterusnya menjalar masuk ke Tanah Melayu melalui Pulau Pinang seawal abad ke-19.
Pengaruh budaya dan kesenian Boria pada asalnya dibawa masuk oleh para tentera British berfahaman Syiah dari India (Askar Sikh dan lain-lain) ke Pulau Pinang.
Para Ulama khasyaf dahulu kala sedar akan hakikat ini, sehinggalah terjadi satu petanda iaitu peristiwa pergaduhan dan pembunuhan oleh pasukan boria dan peminatnya menyebabkan Para Ahli agama ini turun campur tangan menfatwakan pengharaman kebudayaan dan keseniaan Boria kerana didapati berkelakuan tidak baik dan merosakkan perpaduan.
Sejarah menyebutkan bahawa Boria pernah diharamkan di Pulau Pinang selama 10 tahun pada tahun 1930an kerana Medium kesenian kebudayaan Boria pernah disalahgunakan dijadikan alat oleh beberapa rangkaian kongsi gelap untuk melebarkan pengaruhnya melalui aktiviti Boria di pulau pinang.
Para Ulama di pulau tersebut telah mengambil langkah drastik pencegahan dengan menfatwakan pengharaman Boria oleh lima orang ulama berpengaruh di Pulau Pinang pada waktu itu.
RAHSIA SIMBOLIK CETUSAN "BORIA PULAU PINANG"
Permainan boria pada asalnya dikaitkan dengan peristiwa 'Karbala di Iraq', iaitu peristiwa pembunuhan Sayidina Hussein R.A oleh 'Syiah Kufah' tetapi Yazid bin Muawiyah Abu Sufian difitnah mengeluarkan arahan supaya membunuh Sayidina Hussein R.A.
Kewafatan Sayidina Hussein R.A yang penuh tragis ini diperingati oleh sekalian kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan
khusus pada 10 Muharam (Hari Assyura) di perkuburannya. Upacara ini dikenali sebagai "takziya".
Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati peristiwa yang
menyayat hati itu. Seseorang penyair
akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Sayidina Hussein R.A dikepung
musuh (Syiah Kufah). Bekalan air dan makanan disekat
unuk melemahkan Sayidina Hussein R.A, Apabila dendangan syair sampai ke episod pembunuhan Sayidina Hussein R.A,
pengikut-pengikut Syiah akan mula meratap sambil menjerit dan memukul-mukul
badan dengan sekuat hati sehingga berdarah.
Kaum syiah menganggap perbuatan ini sebagai satu jalan untuk menebus
dosa mereka kerana membiarkan Sayidina Hussein R.A menemui ajalnya di tangan para musuh. Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan satu perarakan yang membawa
lambang tangan berwarna merah serta bendera-bendera di sekitar kawasan perkuburan
Sayidina Hussein R.A.
Acara tahunan ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit
dari semasa ke semasa. Syair-syair yang
didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar pembunuhan Sayidina Hussein R.A malah telah diselang selikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam
kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat dari timur. Para pengikut mulai berlakon agar dendangan
syair menjadi lebih realistik. Mereka akan melakonkan babak-babak tertentu
sejajar dengan syair yang didendangkan dalam persembahan.
Apabila gerakan Syiah telah bertukar menjadi pertubuhan yang
berbau politik, teater ini dijadikan tempat mereka mencari pengaruh dan perhatian komuniti setempat sehingga merebak ke sesuatu kawasan dengan begitu cepat dan tersusun.
FORMULA KEMUNCULAN BORIA
- Peristiwa Karbala di Iraq (Pembunuhan Sayidina Hussein R.A)
- Adabtasi Syiah memperingati peristiwa di Karbala (Bersyair dan Berlakon Teater)
- Jarum Syiah melebarkan pengaruh dan Ajarannya. (Menyebarkan fahaman melalui permainan Boria)
KESAN KEBUDAYAAN BORIA DI PULAU PINANG
Boria Pulau Pinang adalah salah satu jenama besar yang telah berjaya diwujudkan hasil adabtasi penganut syiah di pulau pinang diawal penubuhan Pasukan Boria pada abad ke-19 lalu.
Bangsa melayu pulau pinang tidak terkecuali giat mengusahakan kesenian dan membudayakan permainan Boria sehingga telah kuat melekat di hati masyarakat pulau pinang sehingga ke hari ini.
Budaya dan kesenian Boria telah menjadi satu Tradisi dan kebanggaan masyarakat pulau pinang.
Boria kini telah diubahsuai mengikut citarasa dan keperluan
komuniti tempatan pada hari ini.
Pada zaman ini,
boria telah mula dipersembahkan pada hari kebangsaan, pesta-pesta di Pulau Pinang,
tapak-tapak ekspo dan sebagainya dengan tujuan memajukan sektor pelancongan.
Selain daripada itu juga, pertandingan-pertandingan boria turut diadakan dipelbagai peringkat masyarakat bagi memastikan boria tidak hilang dek arus kemodenan masa kini.
KESIMPULAN
Kebudayaan dan kesenian Boria Pulau Pinang pada asalnya merupakan Jarum Syiah untuk melebarkan pengaruh dan komuniti mereka di Tanah Melayu.
Boria juga pernah menjadi agenda pelbagai individu dan kumpulan yang berkepentingan seperti kongsi gelap pada suatu masa dahulu.
Kini Boria telah mengalami perubahan dengan membawa mesej perpaduan. Pertubuhan Boria diwajibkan mendaftarkan kumpulan mereka kepada pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab.
Boria yang berasal daripada amalan Bi'daah dan sesat oleh Syiah telah melebar pengaruhnya melalui Budaya dan kesenian di dalam bentuk yang baru, ini adalah salah satu usaha mereka untuk meracuni Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah secara halus, Walaupun secara zahir tidak merosakkan akidah akan tetapi secara batin seperti akhlak boleh tergugat.
Betapa pentingnya kita mengetahui sejarah asal usul sesebuah kesenian dan kebudayaan tersebut agar tidak termasuk di dalam sesuatu kaum yang sesat dan dilaknat oleh Allah s.w.t.
Boria yang berasal daripada amalan Bi'daah dan sesat oleh Syiah telah melebar pengaruhnya melalui Budaya dan kesenian di dalam bentuk yang baru, ini adalah salah satu usaha mereka untuk meracuni Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah secara halus, Walaupun secara zahir tidak merosakkan akidah akan tetapi secara batin seperti akhlak boleh tergugat.
Betapa pentingnya kita mengetahui sejarah asal usul sesebuah kesenian dan kebudayaan tersebut agar tidak termasuk di dalam sesuatu kaum yang sesat dan dilaknat oleh Allah s.w.t.
Rasulullah S.A.W Bersabda:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka dia dalam kalangan mereka”
maka dia dalam kalangan mereka”
Diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; Abdullah bin Umar, Huzaifah bin Al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, Al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, Al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga Al-Albani.