Thursday, 25 July 2013

PEMBUKA & PENUTUP MALQA SALIS (MELAKA SOLID)

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ 


MUKADIMAH

Malqa Salis adalah Melaka Solid di akhir zaman, Kegemilangannya bersama Islam sangat indah dihayati diambil pengajaran oleh kita semua.

Melaka Solid menyimpan seribu satu Rahsia Peradaban Islamnya yang Gemilang dan Indah bersama "Sejarah Perulangan" yang Gilang gemilang.

Malqa Salis Pertama sudah membuktikan apabila Islam dijadikan asas dan tunjangan hidup setiap manusia dibawah naungan Duli Yang Maha Mulia, semuanya Bahagia, Aman dan Sentosa.

Pemimpinnya Bertaqwa,Rakyatnya taat setia di depan dan belakang, itulah Rahsia Peradaban Melaka Solid pertama dan Kedua ini.


Maharaja Parameswara @ Sultan Iskandar Shah (Pengasas Malqa Salis)

PARAMESWARA + RAJA QUMAR = SULTAN ISKANDAR SHAH (BERKONGSI NAMA GELARAN YANG SAMA)


Sultan Mansur Shah

PEMBUKA MELAKA SOLID

Siapakah pembuka Melaka Solid?

Menurut sejarah yang sahih, Pembuka atau Pengasas kepada Melaka Solid adalah Maharaja Parameswara dan Maharaja Qumar (Pengiring & Pembantu).

Apakah kaitan antara kedua individu ini?

Maharaja Parameswara dan Maharaja Qumar adalah Sahabat baik, Mereka Berjuang dan Berkelana Bersama-sama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Bagaimana mereka memeluk Islam?

Islam itu datang dengan penuh keajaiban, lantas mereka berdua juga menerima islam dengan cara yang ajaib, Sebelum mereka memeluk islam, Allah s.w.t mengurniakan Taufik Hidayah kepada mereka melalui Mimpi Benar dan Rasa Hati akan kebenaran Islam.

Mereka berdua Di Islamkan oleh Para Pendakwah Rasulullah dari Tanah Arab pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah lagi.

Nusantara pada masa itu sudah beransur-ansur diIslamkan oleh Pendakwah Rasulullah sejak dari Zaman Khulafa Ar-Rasyidin lagi.

Mereka berdua telah menyaksikan Kebenaran diatas Sabda Rasulullah s.a.w di dalam hikayat Pasai menyatakan Sebuah "Negeri dibawah angin", perkara ini merujuk kepada Melaka Solid iaitu Malqa Salis Pertama.



Nusantara sebelum Islam dikuasai pengaruh Agama Hindu dan Buddha. Kedatangan agama tersebut dilihat tidak berjaya membina dan membentuk jiwa Bangsa Melayu Baharu, malah Bangsa Melayu pada masa itu masih mengamalkan ajaran kuno dan Primitif seperti manusia yang tidak BerTuhan (Aties).

Apakah Kesan positif terhadap Mereka Berdua setelah Memeluk Islam?

Perubahan ketara apabila Maharaja Parameswara memeluk Islam, Baginda telah menukar Gelaran "Maharaja" Kepada "Al-Sultan".

Baginda juga telah memakai Gelaran "Al-Sultan Iskandar Shah", Pengasas Kerajaan Islam melayu melaka.

Kerajaan Islam melayu Melaka merupakan Pengasas iaitu Pembuka kepada Melaka Solid Pertama, "Kesultanan Melayu Ahlul Bait" di Nusantara.

Kerajaan melaka bukan sahaja terkenal dengan Pelabuhan Import Eksport yang terkenal di seluruh dunia, tetapi kewibawaan Kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia dalam melaksanakan Islam itulah dia Melaka Solid.

Allah s.w.t Mengurniakan Karomah Kepimpinan yang banyak kepada Al-Sultan Iskandar Shah dalam membagunkan Sebuah kerajaan melayu Islam yang digeruni lawan disegani kawan.

Melaka Solid pada masa itu terkenal di mata dunia kerana menjadi persinggahan rasmi perhubungan antara Timur dan Barat. Ramai yang cemburu dengan kewibawaan Melaka Solid dalam mengendalikan peradabannya bersama Islam.

Melaka Solid Pertama (Pembuka) juga giat mengadakan perhubungan diplomatik antarabangsa seperti dengan Maharaja China. Perhubungan ini berlaku dengan rancaknya dari generasi ke generasi seterusnya lantas menjadikan melaka sebuah Kerajaan Melayu Islam yang diiktiraf Dunia.

Apakah gelaran Maharaja Qumar setelah memeluk Islam bersama Raja Parameswara?

Maharaja Qumar adalah seorang sahabat baik yang beradab dan berperawatakan baik. Setelah Maharaja Qumar bersama-sama membantu Maharaja Parameswara dalam membagunkan "Melaka Solid Pertama", Maharaja Qumar meminta Izin Kepada Sahabat Baiknya untuk keluar mengembara dan pulang ke Utara untuk membina Kerajaan Melayu Islam yang lain.

Maharaja Qumar telah mengasaskan sebuah kerajaan melayu islam di Kelantan yang pada masa itu dikenali sebagai Negeri "Tanjung Pura", Baginda Juga telah memakai Gelaran "Sultan" dan nama Islam Baginda ialah "Al-Sultan Iskandar Shah II"

Pewaris kerajaan baginda adalah "Kesultanan Raja Jembal" yang pernah suatu masa dahulu mentadbir Kelantan di Kota Bahru dan seluruh Kelantan selepas penggabungan kedua kerajaan melayu Islam kelantan di sebelah utara dan selatan (Kerajaan Cik Siti Wan Kembang).

Kerajaan Melayu Islam Kelantan Bernaung di bawah Melaka Solid Pertama sehingga zaman Sultan Mahmud Shah (Sultan Terakhir di "Melaka" sebelum Jatuh pada 1511).

Apakah kesan daripada kejatuhan melaka yang diasaskan oleh mereka berdua?

Melaka Solid Pertama iaitu Malqa Salis telah berjaya dirampas Protugis iaitu pada tahun 1511.

Akibat Rampasan Malqa Salis oleh penjajah bermata dua, Kerajaan Melayu Islam di Nusantara mulai melemah sedikit demi sedikit, sebelum penjajah bermata dua menjajah keseluruh Nusantara dengan memisahkan dan menghapuskan sistem beraja di Nusantara kecuali di Tanah Melayu dan Brunei.

Selepas Melaka dirampas Protugis, Kesultanan Acheh Darul Salam memainkan peranan menyatukan kembali kerajaan-kerajaan melayu di nusantara dan bernaung di bawah Kekhalifahan Turki Uthmaniyah di Islambol.(Menyambung Kerja Melaka Solid)

Sesungguhnya setiap perkara yang dibuka dengan indah, penutupannya juga adalah indah sama sekali, inilah perulangan yang ditunggu-tunggu, di mana peranan Melaka Solid Kedua bakal kembali memeriahkan dan menguatkan Islam lantas menjadi Empayar Kesultanan Melayu Islam. (Menyambung Kerja Daulah Turki Uthmaniyah).


Sang Kancil Lambang Kerajaan Melaka = Malqa Salis?
Sang Kijang Lambang Kerajaan Kelantan = Malqa Salis?

PENUTUP MELAKA SOLID

Siapakah Penutup Melaka Solid?

Penutup Melaka Solid adalah berkesinambungan kepada Pembuka Melaka Solid, Setiap Perkara yang dibuka secara rasmi akan ditutup juga secara rasmi.

Sultan Melaka yang baharu nanti merupakan individu yang bertanggungjawab menjadi "penutup melaka solid".


Siapakah pentadbir Melaka Solid?

Melaka Solid Bakal ditadbir oleh Sultan yang haq dari pewaris yang Sah, Iaitu dari belahan Sultan Mahmud Shah dan Sultan Mahmud II (Mangkat Dijulang di Kota Tinggi).

Istimewanya penutupan Melaka Solid ini, Melaka kembali bakal menjadi Pusat Pemerintahan ulung Kesultanan Ahlul Bait Nusantara.

Bilakah perkara ini bakal berlaku?

Dijangkakan perkara ini berlangsng sekitar tahun "153" atau "313". Tahun ini adalah satu kod rahsia yang masih rahsia dan tersembunyi, terdapat di dalam Atsar Sahabat dan Tabi'en menyebut tanggal "153". Hakikatnya Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.

KESIMPULAN

Malqa Salis atau Melaka Solid adalah sebuah kebangkitan Islam dan Empayar kesultanan Islam di akhir zaman, Melaka solid terbahagi kepada dua yang perlu difahami iaitu:

Malqa Salis - Melaka Solid Pertama (Pembuka - Pengasas) 

Malqa Salis - Melaka Solid Kedua (Pembangkit - Penutup)


"Setiap perkara yang dicetuskan, pasti ada perulangannya, setiap perkara yang dibuka, pasti ada penutupannya".

Jelaslah kepada kita bahawa Pembuka Melaka Solid adalah Sultan Iskandar Shah R.H & Sultan Iskandar Shah II R.H dan Penutup Melaka Solid pula ialah Al-Sultan Mahmud III R.A.

Selepas peristiwa penutupan Melaka Solid Darul Islam Secara Rasmi, maka berakhirnya zaman kesultanan Islam.

Seterusnya bermulalah sistem KeKhalifahan Empayar Islam oleh Sayidina Imam Mahdi Al-Muntazar (Khalifah Mujadid ke-15).


"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"

Saturday, 20 July 2013

JANJI ALLAH DIJUANGKAN PARA MUJADID R.H

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ 


MUKADIMAH


Islam adalah agama yang bersih suci dan murni, Peraturan dan perlaksanaanya bersama Fitrah manusia yang azali Bersih murni ciptaan Allah s.w.t.

Islam Berkembang keseluruh dunia tanpa dapat dibendung atau disekat pengaruhnya, itulah peranan Roh Nur Muhammad yang mengislamkan seluruh dunia dan mengembalikan fitrah murni setiap manusia di dunia.

KEBANGKITAN ISLAM MELALUI KERJA MUJADID

Semua zaman yang berlalu di dunia adalah di dalam Jadual Allah s.w.t. Tiada siapa yang mampu mengubah menconteng Jadual Allah yang Maha Bijaksana.

Janji Allah kepada Islam adalah sangat mahal dan terahsia, Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah s.a.w sangat Indah melahirkan sebuah masyarakat islam yang bersatu dan beriman kepada Allah s.w.t.

Untuk diakhir zaman, Kerja-kerja Rasulullah disambung oleh Para Mujadid si setiap Kurun, Allah akan mengirimkan kepada dunia untuk memperbaharui urusan agamaNya dan membaiki segala-galanya yang rosak agar kembali kepada fitrah azali manusia iaitu Bersih suci dan murni.

TUGAS-TUGAS PARA MUJADID R.H

Kerja-kerja Para Mujadid R.H dibantu oleh Roh Nur Muhammad S.A.W yang berperanan mengembalikan manusia kepada Allah dan Rasulullah, agar ikatan Rindu dan Cinta tidak terputus-putus lagi kepadaNya.

Tugas-Tugas ini digalas setiap Mujadid dalam Menyelamatkan manusia dari kemurkaan Allah dan dari Api Neraka, Allah menurunkan IlhamNya dan KaromahNya yang mencurah-curah kepada MujadidNya dalam membagunkan Islam kembali ditempatNya dan Islam dilihat dirasai KesyumulanNya.

Sudah sunnah orang berjuang, Kerja-kerja para mujadid akan sentiasa diuji dengan penentangan dan pemulauan oleh masyarakat islam ditempat mereka sendiri.

Para Mujadid ini adalah Hadiah Allah di setiap Kurun, Kedatangannya Ditentang, Pemergiannya ditagisi, itulah sejarah yang berlaku di dunia ini.

Para Mujadid akan memperbetulkan setiap kesalahan dan kerosakan di zaman mereka, semakin penghujung kurun Mujadid tersebut, semakin banyak sekali kerosakan masyarakat dan Penentangan semakin hebat kepada Mujadid dan Thoifahnya.

Kebangkitan Islam di akhir zaman adalah Terahsia, walaupun Musuh sudah berjaya menghidu dan melemahkan (memperlambat-lambatkan) Jadual Allah tetapi Janji Allah tetap berlaku mengikut JadualNya.

Nusantara adalah Bumi Simpanan / Tapak Daulah yang Allah s.w.t khususkan untuk kebangkitan Islam di akhir zaman, Empayar Islam akhir zaman bakal bertapak di sini.

GELARAN RASULULLAH DAN MUJADID KEPADA NUSANTARA

Gelaran Khas daripada Paduka Baginda Junjungan Mulia Nur Muhammad Rasulullah s.a.w kepada Nusantara:
  • Madinah Kedua
  • Malqa Salis
  • Negeri dibawah Angin
  • Islam bangkit Sebelah Timur
Gelaran utama Para Mujadid R.H kepada Nusantara:
  • Turki Kecil (Sultan Kecil pada Era Turki Uthmaniyah) 
  • Melaka Solid (Sultan Besar pada Era Empayar Islam)
Kata-kata Mujadid ke-13 R.A:
  • "Sampai masanya Turki Kecil membantu Turki Besar"
  • "Kelak Bangsa Cina Berbondong-bondong masuk Islam"
Kata-kata Mujadid ke-14 R.A: 
  • "Melaka Solid,Melaka Solid & Melaka Solid"
  • "Islam akan muncul di sebelah Utara (Kedah)"
  • "Islam akan bangkit di sebelah selatan (Melaka solid)"
Berdasarkan Janji Rasulullah dan Para MujadidNya ini, jelaslah kepada kita kebangkitan islam ini adalah janji Allah dan termaktub di dalam Jadual Allah s.w.t.

KESIMPULAN

Bumi Nusantara adalah Madinah kedua, sebut sahaja Madinah kedua, Masyarakatnya adalah Muhajirin dan Ansar Kedua, Ikhwan dan Asoib adalah Sahabat Akhir Zaman.

Sudah terbukti, Sejarah itu berulang dan bakal berulang bersama Janji Allah di dalam JadualNya.

Kebangkitan Islam Akhir zaman adalah benar, kerana Janji Allah itu pasti berlaku.



Thursday, 18 July 2013

ANAK-ANAK GENERASI HARAPANKU (PEMBELA AL-QURAN)

    
       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ 




WAHAI ANAK-ANAKKU

AYAH dan IBUMU sering BERPESAN

Akan SEBUAH HARAPAN untukmu

Juga bersama TEGURAN dan NASIHAT buatmu

Agar Anak-anakku terus BERPERASAAN

DALAM BERJUANG bersama RASA TIDAK BERJUANG

Terus GIGIH membuat KERJA PERJUANGAN

Tanpa MERASA BERBUAT

Sentiasa SABAR REDHA akan segala UJIAN

 Yang DILALUKAN Kepadamu

Menyerahkan KESEMUANYA kepada ALLAH

Menentukan HASIL TANAMAN KITA 
(Baja Perjuangan)

Adakah BERBUAH DISANA atau AKAN MATI

Pokok yang DIBAJA disiram DI DUNIA lagi

PERKEMASKANLAH diri wahai Anak-anakku selalu

LALUILAH saat-saat getir ini

Dengan TAKUT SETAKUT-TAKUTNYA

CEMAS SECEMAS-CEMASNYA 

Dan HARAP SEHARAP-HARAPNYA Kepada ALLAH

Kerana Itulah Sahaja PELUANG dan HARAPAN Kita

   (Hikmah Perjuangan)

Bersama DOA RINTIHAN,USAHA,IKHTIAR 

Dan TAWAKAL Kita

Sebagai BEKALAN yang kita SEDIAKAN 

Untuk MENGHADAPI SAAT-SAAT GETIR DI SANA

TAGIHLAH KEREDHAAN dan KEMAAFAN ALLAH 

SELALU dan SENTIASA

MUDAH-MUDAHAN Kita Semua 

BEROLEH KEMENANGAN YANG HAKIKI

INILAH DOAKU dan HARAPANKU

KEPADA ANAK-ANAK GENERASI HARAPANKU

PEWARIS PEMBELA AL-QURAN 

 
Generasi Pembela Al-Quran

MAULANA YA MAULANA NUR MUHAMMAD S.A.W

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MAULANA YA MAULANA


(Nur Muhammad & Sahabat)

Sayidina Muhammad S.A.W
(Al-Musthofa)

Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A
(Al-Yaqin)

Sayidina Umar Al-Khattab R.A
(Al-Faruq)

Sayidina Uthman Bin Affan R.A
 (Zun Nurain)

Sayidina Ali Bin Abi Talib R.A K.W.J
(Al-Murtada)

Sayidatina Fatimah Az-Zahra R.A
(Nur Sai'dul Jannah)

Sayidina Hassan Wal Hussein R.A
(Wabanahuma)

Sayidina Ali Zainal Abidin R.A
(As-Salaman Qarbala)

(Nur Muhammad & Ikhwan)

Sayidina Imamul Mahadi A.S
(Al-Muntazar)

Sayidina Abuya Fata At-Tamimi R.A
(Al-Mansur)

Sayidina Haris Al-Haras R.A
(As-Salam) 

Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
(As-Saffah)



Wednesday, 17 July 2013

MALQA SALIS ADALAH MELAKA SOLID

MUKADIMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Malqa Salis adalah salah satu siri "Alteri Terahsia" Umat Melayu Islam di Tanah Nusantara.

Apakah itu Malqa Salis? 


SEBUTAN MALQA SALIS DALAM BAHASA MELAYU

Perkataan "Malqa Salis" di Dalam Bahasa Melayu adalah:

 "MELAKA SOLID"

Kata Kunci ini Dibuka kerana Yahudi melalui Penjajah Mata Dua mereka sudah lama mengetahui dan bertemu "MALQA SALIS" ini sejak "1511" lagi.

Mujadid ke-14 pernah menyebut kata kunci ini kepada Jemaahnya dengan berkata:

"MELAKA SOLID,MELAKA SOLID & MELAKA SOLID"


(Sambil menunjukkan Isyarat tangan "Bagus")


MALQA SALIS DI DALAM ISLAM

Sebenarnya di dalam Islam, terdapat Satu Hadis Khusus dan Rahsia Daripada Rasulullah s.a.w mengenai "Malqa Salis".

Hadis tersebut dihukum Dhaif oleh Periwayat Tabi'en dan Disembunyikan bertujuan untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan musuh.

Sebenarnya Yahudi dan munafik pada zaman Rasulullah, mereka secara diam-diam telah mencuri-curi dengar dari Rasulullah dan para Sahabat akan hakikat "Malqa Salis". Mereka (Yahudi) tahu hakikat hadis ini dan cuba Mengagalkan Jadual Allah atau sekurang-kurangnya memperlambat-lambatkan Janji Allah kepada Islam di Akhir zaman.

Sampai ke hari ini hadis ini disembunyikan dan Umat Islam hanya bakal bertemu "Hadis Pendua" dari Hikayat Pasai menceritakan Hakikat sebuah "Negeri di Bawah Angin".

SEJARAH PENCARIAN MALQA SALIS OLEH SI MATA SATU

Si Mata Satu "Hidden Hand" telah mengarahkan anak buahnya si penjajah mata dua agar keluar dari Eropah dan Amerika untuk menjejaki satu bangsa yang digelar "Malqa Salis".

Di dalam Satu Misi yang diberi nama "Penjelajahan Dunia Baru", Para Penjajah Mata Dua ini telah meneroka satu dunia terutama Dunia Islam untuk mencari:
 Siapakah "Gerangan" dan "Bangsa" tersebut ?

Kesemua tempat bernama "Malqa Salis" mereka mencarinya, dari Malaga Sepanyol (MALQA SANI / MALQA PERTAMA), Macau China (MALQA KEDUA), dan terakhir salah satu "Team Mata Dua"  terjumpa satu Bangsa yang penuh Bertamadun diberi nama "MALACCA (MALQA KETIGA)" oleh Si Penjajah Mata Dua.


Sebenarnya Penjajah Mata Dua Mengesahkan bahawa "Malqa Salis" Pertama, Kedua dan Ketiga adalah apa yang mereka cari, MALQA SALIS KETIGA adalah MELAKA yang ada pada hari ini di TANAH MELAYU. itulah Sejarah MALQA SALIS yang disorok penjajah Bermata Dua kepada dunia terutama Umat Melayu di Nusantara.

Sudah terbongkar sejarah penipuan Nama Asal Melaka sempena Peristiwa di bawah Pokok Melaka, ini adalah "Trick Penjajah Mata Dua" dan "Trick Melayu Islam" dalam menyembunyikan hakikat sejarah ini.

FORMULA MELAKA SOLID

Formula kata kunci Paduka Baginda Rasulullah s.a.w:

Kostantiniyah +  "Negeri dibawah angin" = Malqa Salis

Kostantin ditawan oleh Orang Bertaqwa di zaman Salafus Soleh "1434".

Negeri dibawah angin telah diislamkan para pendakwah yang datang melalui jalan laut dan darat (sutera) semenjak dari zaman Khulafa Ar-Rasyidin sehingga Daulah Bani Abbasiyah, ketika Daulah Turki Uthmaniyah, Nusantara sudah mempunyai kerajaan-kerajaan Islam menggantikan ajaran Hindu oleh Majapahit.Peradaban Islam di nusantara pada ketika itu memiliki persamaan dengan Daulah Turki Uthmaniyah.

Malqa Salis di Melaka solid ditadbir oleh Ikhwan dan Asoib dibantu Wali besar serta Wali kecil.

PERANAN MELAKA SOLID

Di dalam Hadis Rasulullah s.a.w mengenai "Malqa Salis", Telah memberitahu bahawasanya Islam di akhir zaman akan bangkit disebuah tapak "Negeri Di Bawah Angin" iaitu di "Malqa Salis" Melaka Darul Islam.

Kesultanan Melaka Darul Islam adalah Penaung kepada sekalian Kerajaan Melayu Islam di Nusantara pada zamannya.

Kod nombor "1511" telah lama dijaja dipermainkan penjajah sempena meraikan kejayaan mereka menemukan "Malqa Salis Ketiga" dan "Malqa Salis Sebenar yang dicari-cari". 

Konsep "1511" bagi penjajah merupakan satu simbolik "Malqa Salis the hidden hand" dengan gelaran "Malacca"



Melaka Solid adalah sebuah Tapak Permulaan Kebangkitan Islam di Nusantara sempena Hadis kata kunci Rasulullah s.a.w "SEBELAH TIMUR".

Para Pendakwah Rasulullah sudah lama berdakwah mengislamkan penduduk "Kepulauan Semenanjung Emas" dan Membina Peradaban Islam semenjak Zaman Rasulullah lagi sudah dikirimkan perutusan sehingga pengislaman pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin sehingga Daulah Bani Umaiyah serta Daulah Bani Abassiyah, pada Kemuncak Kejatuhan Daulah Abbasiyah, Melaka Sudah menjadi Empayar Islam sehingga zaman 1511 pada Daulah Turki Uthmaniyah.


PENAUNG MELAKA SOLID

Melaka Solid dinaungi oleh Seorang Penguasa yang Allah janjikan, Nama gelarannya dari Rasulullah banyak disebut-sebut di dalam Hadis Rasulullah dan Atsar Sahabat/Tabi'en.

"Tuan Kepada Melaka Solid" adalah SultanNya dan Ketua SultanNya. Melaka Solid menjadi Sebuah Pusat Bandar Diraja Ulung di nusantara, digelar Bandar Kesultanan Ahlul Bait.

Melaka Solid adalah Perulangan sejarah kegemilangan Islam di Nusantara dan Bakal Berluang sekali lagi menjadi Empayar Dunia Islam menggantikan Daulah Turki Uthmaniyah.

Maksud Melaka Solid adalah Penaung melaka (Ketua Melaka) yang memiliki hati yang solid (Laksana Kepingan Besi), Keyakinan Ketaqwaan yang sangat luar biasa.

Ikhwan adalah berhati Solid, "Iman Yang Ajaib" seperti di dalam kata kunci Rasulullah s.a.w.

TUAN KEPADA MELAKA SOLID

Siapakah Tuan kepada Melaka Solid?

Mujadid ke-14 pernah berkata:

"Sesiapa yang hendak berjumpa Hang Tuah (Tuan kepada Hang Tuah) datanglah ke Masijid Tanah"


Menurut kata Syeikul Ikhwan ini, Hang Tuah dan Masjid Tanah adalah kata kunci yang disimpan. biarlah rahsia walaupun "Hidden Hand" sudah tahu akan maknanya.

Melaka suatu masa dahulu banyak memiliki "Masjid Tanah" dan teknologi seni bina islam yang mampan, Sehingga diabadikan satu nama pekan di daerah Alor Gajah bernama Pekan Masjid Tanah.

Penjajah Protugis apabila terjumpa negeri Melaka Darul Islam, mereka terkejut sekali kerana melihat segala seni bina bandar dan Masjid pada masa itu tidak tumpah seperti di Turki Istanbul.

Antara masjid yang memiliki seni bina seperti masjid di Istanbul adalah seperti "Masjid Sultan Muzaffar Shah / Masjid Darul Islam", Masjid ini adalah bukti nyata kegemilangan Islam di Nusantara dan bukti khas ini dirobohkan Penjajah Protugis pada 1511 dan batu batanya dijadikan A Famosa dan Gereja St. Paul di atas bukit tapak asal Istana Melaka Darul Islam. antara faktor kota A Famosa dan Gereja St. Paul kekal sehingga ke hari ini adalah kerana batu batanya dari "Masjid terbesar Islam di nusantara" dan tapak asal Istana Melaka Darul Islam.

Gambar ini menjadi bukti Hubungan Melaka dengan Turki Uthmaniyah


KESIMPULAN

Malqa Salis atau Melaka Solid adalah sebuah tempat yang dijanjikan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Pengasas kepada Melaka Darul Islam pertama sudah membuktikan kegemilangannya, Perkara ini berulang dan lebih besar kerana Tanah Nusantara dipilih Allah s.w.t sebagai "Bumi Simpanan Allah".

Sudah Sampai Masanya akan datang satu bangsa yang akan membawa balik Takhta dan Alat Kebesaran Turki Uthmaniyah melalui Simbolik rasmi perpindahan Pusat Kebangkitan Islam akhir zaman.

Perkara ini sudah lama diketahui musuh islam, dan mereka tidak mampu menghalang dan memperlambat-lambatkan lagi kerana masanya sudah sangat hampir, oleh itu dipecahkan kod rahsia "Malqa Salis" adalah "Melaka Solid".

Para penjajah telah gagal memurtadkan "Malqa Salis ketiga" iaitu Melaka Solid pada 1511, mereka hanya berjaya memusnahkan bukti-bukti nyata hubungan Melaka -Turki Uthmaniyah (Seni bina di melaka bersama coretan sejarah ciptaan mereka). 

Umat Islam dibekalkan dengan "Teknologi Roh" yang mengatasi masa dan Mencarik Adat "Qawariqu Adah", menjadi sumber kekuatan untuk perjuangan islam di akhir zaman.


Tuesday, 16 July 2013

RAHSIA FILEM 6 JAHANAM & RAHSIA KATA KUNCI "7-7-7"

MUKADIMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



"7-7-7"
Angka "7" adalah salah satu nombor ganjil yang banyak mengandungi maksud tersurat dan tersirat di dalam islam.Menjelaskan yang ke "7" adalah Penyelamat Islam Dunia Akhirat.
  1. 7 Petala Langit & 7 Petala Bumi
  2. 7 Hari 7 Malam
  3. 7 Tingkatan Nafsu
  4. 7 Tingkatan Sifat Terpuji
  5. 7 Tingkatan Syurga
  6. 7 Pemuda Beriman
  7. 7 Tingkatan Neraka.
DUNIA SEBELUM KETIBAAN "7"

Dunia di dalam kezaliman dan kesombongan sebelum ketibaan yang "7".
"Barisan 6 Jahanam"
Si "6" bermaksud "Si Pendajal" Segala Ajaran Murni (Fitrah Suci) di Dunia.

Si "6" adalah Penjahanam (Perosak) Fitrah dunia ("6"Jahanam), mencabar serta menganggu Sistem Allah dan Rasul.

Si "6" tersebut adalah Musuh-Musuh Kebenaran iaitu :
  1. Yahudi
  2. Nasrani
  3. PENYEMBAH BERHALA
  4. Syiah
  5. Wahabi
  6. Munafik
Si "6" Membentuk Pakatan Iluminati (Mata Satu) sebelum kemuncaknya di bawah Pakatan As-Sufiyani, seterusnya ketibaan (Mata Satu) "1" sebagai penutup sekalian mereka.

Si "6" bermaharaja lela terhadap dunia dan menjadikan dunia sebagai wadah kejahatan dan kesesatan.

"Filem Kiasan akan peristiwa kata kunci ini"

Sebelum ketibaan "7":
Allah mengirimkan Pembelaan WakilNya "7" iaitu "2" Pemuda:
  1. Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
  2. Sayidina Fata Al-Haris Haras R.A
"2" ini bertanggungjawab melemahkan Empayar Si "6" sebelum jatuh tersungkur selepas ketibaan yang "7".

KOD RAHSIA 7-7-7

7-7-7 Adalah Pemerintah Utama Timur ke Barat, yang berkuasa di Tanah Arab,Tanah Melayu dan Tanah Jawa, itulah Bani Jawi (Melayu Ahlul Bait).

Status terkini:
  1. Tanah Arab masih "6" 
  2. Tanah Melayu masih "6" 
  3. Tanah Jawa masih "6"
"6" Juga simbolik Hidung berdarah, Melambangkan berlaku kelemahan,kecacatan dan kelompongan dalam mentadbir dunia (Sumber Hadis & Atsar). 

7-7-7 Bermaksud Pemimpin Tiga Darjat 
  1. Khalifah
  2. Mujadid 
  3. Mujtahid
Peranan utama "7-7-7"
  1. Kebenaran
  2. Keamanan
  3. Keselamatan
  4. Keimanan
  5. Ketaqwaan
  6. Keajaiban
  7. Kemenangan

SIAPAKAH YANG "7"

"2" Pemuda Perkasa akan mendahului yang "7" Sebagai Wakil Rasmi yang Dilantik Allah untuk mempersiapakan dunia sebelum kedatangan rasmi yang "7".

Yang "7" bermakna Paduka Baginda Yang Mulia

Semasa ketibaan yang "7", Beliau "bersama" Seorang lagi "Pemuda Pencipta" (Perancang) terhadap Pemuda yang "2". Beliau adalah Pembantu paling Kanan kepada yang "7".

"7" tersebut adalah:
  1. Sayidina Imamul Mahdi Al-Muntazar A.S
  2. Nabi Allah Isa Al-Maseh A.S                                  
"Pemuda Pencipta" Perancang "2" Pemuda:
  1. Sayidina Fata At-Tamimi R.A 
MAKSUD "7"

"7" adalah simbolik kepada Pembelaan Allah untuk menghapuskan si "6" dan "1" mereka.

Paduka Baginda Nur Muhammad s.a.w berperanan sepanjang zaman, "Sohibul Azman", Kerananya terbinanya dua Kerajaan KeKhalifahan dunia islam iaitu:

Nabi Akhir zaman
  • Paduka Baginda Rasulullah S.A.W (Nur Muhammad)
Pembantu Nabi Akhir zaman
  • Nabi Allah Isa Al-Maseh A.S
Khulafa Ar-Rasyidin (Khalifah Mendapat Petunjuk)
  • Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A
  • Sayidina Umar Al-Khattab R.A
  • Sayidina Uthman Bin Affan R.A
  • Sayidina Ali Bin Abi Talib R.A K.W.J

Khulafa Akhirul Zaman (Khalifah Akhir Zaman)
  • Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
  • Sayidina Fata At-Tamimi R.A
  • Sayidina Haris Al-Harras R.A
  • Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J




KESIMPULAN

Jadual Allah berlaku penuh rahsia dan hikmah dariNya, Nur Muhammad Sohibul Azman s.a.w sangat berperanan pada kebangkitan yang "7"

JadualNya tetap berjalan mengikut kehendakNya, JanjiNya adalah benar dan pasti berlaku.



"7 kemenangan Islam dalam Bulan Ramadhan"