Monday, 15 July 2013

RAHSIA 1453 MASEHI & 1511 MASEHI

MUKADIMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


"Kata kunci Kecemerlangan Islam"


Ada apa dengan 1453 dan 1511? Apakah kaitan kedua-duanya? Sebenarnya seperti ada sejarah yang terselindung dan tersembunyi daripada pengetahuan umat Islam, perkara ini sengaja disorok daripada pengetahuan umat islam di seluruh dunia oleh penjajah.

Di Malaysia, segala pengajian sejarah dan bahan-bahan 
asas pendidikan adalah dirujuk diambil daripada "Oxford University" di London Britain.






Buku-buku rujukan sejarah dan buku teks sekolah menengah Tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6 adalah diambil dari bekas penjajah malaysia sendiri iaitu British.








PENGALAMAN PENULIS BELAJAR SUBJEK "1453 - 1511"


Penulis ingin berkongsi pengalaman belajar "sejarah" di sekolah, pernah satu ketika dahulu, diri ini selalu tertanya-tanya di dalam hati, kenapa Sejarah kerajaan-kerajaan Islam (kesultanan Melayu) di Nusantara tidak diketengahkan (diceritakan) sepenuhnya dan kenapa hanya banyak bercerita mengenai kisah kejatuhan "kota emas islam" di nusantara dengan tahun "1511" serta pengajaran kejatuhannya sahaja, tidak diceritakan pula perkara yang lebih lanjut apakah dasar-dasar perlaksanaan hukum islam yang diamalkan juga kejayaan besar di dalam kerajaan islam tidak diceritakan dengan lebih lanjut.



Seterusnya di peringkat tingkatan yang lebih tinggi, semakin timbul lebih banyak kemuskilan kerana apabila masuk Bab peradaban Daulah-daulah islam seperti Khulafa Ar-Rasyidin,Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah tidak diceritakan sepenuhnya,hanya banyak menceritakan permulaan peradaban dan pengajaran kejatuhannya sahaja, alangkah malangnya hanya meneladani kejatuhannya serta tidak pula menceritakan rahsia kejayaan peradaban mereka ibarat "Sekadar membaca isi muka hadapan dan belakang sesebuah buku sahaja".



Di dalam pembelajaran subjek sejarah tersebut, Penulis gagal menemukan jawapan kaitan 1453 dengan 1511, apakah ada "pertembungan" (perhubungan Ukhwah Islam) antara kedua-dua kerajaan berpengaruh ini di dunia? 

Sedangkan pada masa itu Daulah Turki Uthmaniyah menguasia 2/3 dunia dan Kerajaan Islam Melaka menaungi kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara, lebih memalukan lagi, kisah Muhammad Al-Fateh bersama 1453 tidak diceritakan tetapi Penjajahan Protugis bersama 1511 di melaka banyak diceritakan.




Penulis juga pernah mempelajari subjek Pendidikan Islam, di dalam buku teksnya,terdapat satu Bab yang menarik serta menjadi perhatian penulis semasa itu, iaitu Bab Peradaban Islam, di dalamnya hanya menceritakan sejarah peradaban Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah, dan Bani Abassiyah, sekadar menceritakan secara ringkas peradabannya dan kejatuhannya, yang mengaibkan lagi, penulis mula perasan semasa pembelajaran tersebut, sejarah peradaban Kerajaan Daulah Turki Uthmaniyah tidak diceritakan (Seperti disorokkan) di dalam sukatan buku teks pendidikan islam tersebut.

Oleh kerana rasa ingin tahu dan sudah lama menjadi persoalan dihati, Penulis memberanikan diri bertanyakan satu "Soalan cepu emas" yang telah lama tersimpan kepada seorang guru mata pelajaran tersebut:

Penulis Bertanya: 

"Ustaz, Saya hendak bertanya, kenapa di dalam Bab Peradaban Islam ini, sukatan pembelajarannya hanya menceritakan sejarah peradaban islam sehingga Daulah Abbasiyah sahaja, Kenapa tidak disambung sehingga Daulah Turki Uthmaniyah?" 

Ustaz lantas menjawab:

"Peradaban Daulah Turki Uthmaniyah tidak ada di dalam sukatan Pendidikan Islam kerana jaraknya dengan zaman sekarang terlalu dekat & Subjek sejarah yang kamu pelajari sudah menceritakan kesemuanya". 

Setelah mendengar jawapan kepada soalan tersebut, hati penulis bingung dan semakin tertanya-tanya, Apakah asbab utama tidak diketengahkan sejarah peradaban ini? penulis hanya tunduk diam dan tidak berpuas hati dengan hasil jawapan yang diberikan Ustaz tersebut.

Dalam perkara ini, Ustaz tersebut tidak boleh dipersalahkan, kerana kita semua sememangnya telah ditipu sejarah rekaan penjajah dan Bangsa melayu sekarang pula sudah kurang menekankan soal pembelajaran sejarah, kerana "Sejarah itu berulang dan bukan hanya tinggal sejarah" sesuai dengan Jadual Allah dan Janji Allah untuk Islam.

Umat Islam sudah lama dipermainkan oleh Sejarah susunan dan rekaan "Yahudi Oxford", itulah sejarah ciptaan Yahudi yang hanya mengetengahkan permulaan dan pengakhiran, seperti "Mengenali Hujung dan Pangkal,di tengah-tengah tiada kelihatan adakah berlubang atau bersinar" itulah kecemerlangan yang disorok-sorok dari umat Islam dikhuatiri umat islam akan mendapat sumber kekuatan, sedangkan yahudi tidak mampu menolak Ilham dan Khasyaf hati umat islam dalam "meneropong kecacatan" sejarah yang diconteng penjajah.



MUSLIHAT PENJAJAH MENYOROK FAKTA SEBENAR KEKUATAN & KEJAYAAN PERADABAN ISLAM

Berdasarkan pengalaman penulis dan semestinya pengalaman kesemua bekas pelajar "Sukatan Oxford", perkara utama yang boleh dipelajari adalah rasa dipermainkan dan ditipu oleh Penjajah "Oxford".

Peradaban Islam yang dimulakan oleh Paduka Baginda Rasulullah s.a.w, bersambung kepada Khulafa Ar-Rasyidin sehingga Daulah Turki Uthmaniyah tidak diceritakan secara telus, sekadar mempersenda akan kejatuhan kelemahan Islam kini. 

Itulah musuh islam, Kerjanya meracuni mencemari Sejarah kegemilangan Islam zaman silam. Islam semakin terhina dan tidak nampak hebat hasil "Brain Wash" secara senyap.

Antara beberapa fakta Islam yang ditakuti penjajah jika perkara ini diketahui difahami oleh kesemua umat islam adalah:

  • Rahsia kekuatan peradaban dan kejayaan Islam adalah Taqwa (Mencintai Allah & merindui Rasulullah), yahudi telah berjaya memisahkan Umat Islam daripada Allah dan Rasul.
  • Pertembungan Peradaban Islam antara kerajaan Islam Nusantara dengan Daulah Bani Umaiyah sehingga Daulah Turki Uthmaniyah.
  • Zaman Rasulullah dan Sahabat (Khulafa Ar-Rasyidin) pernah mengirimkan Utusan Islam kepada Nusantara.
  • 1453 tahun kejatuhan Rom Otordoks ke tangan Islam, mereka membalas dendam pada siri "penjelajahan dunia baru" dan berjaya melempiaskan dendam terhadap Kerajaan Kesultanan Melaka Darul Islam pada 1511 dan kemuncaknya menumbangkan Daulah Turki Uthmaniyah 1923.
  • Dalang utama menjatuhkan Daulah Turki Uthmaniyah melalui "British" dengan agenda perang dunia pertama.
  • Agenda Perang dunia pertama adalah untuk menjatuhkan Daulah Turki Uthmaniyah dan Perang dunia kedua untuk "mencorak dunia baharu" mengikut sistem yahudi.
  • Para musuh islam telah menghina Islam dengan mereka pelbagai Kod rahsia agenda Iluminiti di dalam pelbagai produk mereka yang dieksport ke seluruh dunia terutama negara Islam, mengred dan mengklasifikasikan produk-produk mereka dengan beberapa versi seperti (1511,311,1923 dan sebagainya), mempelbagaikan promosi dan agenda 1511.
Antara contoh beberapa Produk dan Pelbagaian agenda untuk mempersenda "1511"

Nama jalan di Texas Amerika

Perkakasan Komputer dari Amerika

"Cafe 1511 di Melacca Town"
Perkakasan Elektronik
"Team Robotik pada acara robotik sedunia"

Agenda 1511 adalah satu kejayaan mereka melemahkan Islam di Nusantara semasa Islam di Daulah Turki Uthmaniyah masih kuat menaungi Dunia Islam, Daulah turki Uthmaniyah ibarat kehilangan Anak Emas di Nusantara. Sebab itu Yahudi meraikan dan menjadikan 1511 sebagai agenda rasmi mereka.


PEMBONGKARAN RAHSIA 1453 DAN 1511

Apa itu 1453 dalam sejarah Islam?

  • Tahun kemenangan Islam menawan Konstantinopel (Kota pusat pemerintahan Rom Byzantine Timur)
  • Rakyat Rom Byzantine menjemput "Islam" membebaskannya daripada kekejaman Maharaja Rom Byzantine Timur.
  • Rakyat Rom Byzantine turut membantu memudahkan urusan pembebasan mereka daripada kekejaman "Firaun Rom Byzantine"
  • Rakyat Rom Byzantine timur berfahaman Kristian Ortodaks berbondong-bondong masuk Islam.
  • Rakyat Rom Byzantine melihat sendiri Akhlak Sebaik-baik pemimpin itulah pemimpinya, Sebaik-baik tentera itulah tenteranya, dan sebaik-baik rakyatnya itulah rakyatnya. (Mereka Rakyat Rom Byzantine Timur menyaksikan kebenaran daripada Sabda junjungan Rasulullah s.a.w).
  • Sultan Muhammad Al-Fateh R.H mendapat Ilham agar menjadikan Konstantinopel sebagai Pusat pemerintahan Islam Daulah Turki Uthmaniyah serta menjadikan Gereja utama Rom Ortadoks "Aya Sofia" Dijadikan Masjid utama Daulah Turki Uthmaniyah.
  • Rentetan peristiwa Rakyat bekas naungan Rom Byzentine Timur beramai-ramai mengucapkan Dua Kalimah Syahadah, Muhammad Al-Fateh menamakan Konstantinopel kepada "Islambol" bermaksud Islam keseluruhannya.




Rahsia Kod 1453:

1= Nur Muhammad s.a.w
4= Khulafa Ar-Rasyidin & Khulafa Akhirul Zaman

Khulafa Ar-Rasyidin (Khalifah mendapat petunjuk)
  • Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A
  • Sayidina Umar Al-Khattab R.A
  • Sayidina Uthman Bin Affan R.A
  • Sayidina Ali Bin Abi Talib R.A K.W.J
Khulafa Akhirul Zaman (Khalifah akhir zaman)
  • Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
  • Sayidina Fata At-Tamimi R.A
  • Sayidina Haris Al-Harras R.A
  • Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
5.3 = 503 Tahun Melaka tiada BerSULTAN.

Rahsia kod 1511: 

1= (Mata satu) Dajjal Al-Maseh Laknatullah
5= 5 wakil Dajjal seperti Pope, Paus,Pendeta yahudi, Ibu gereja & Bapa gereja.
11 = 11 Penjajah terkenal (wakil mata satu)
  • British
  • Belanda
  • Protugis
  • Sepanyol
  • Perancis
  • Itali
  • Amerika
  • Rusia
  • Denmark
  • German
  • Jepun
1511: menjadi Inspirasi kepada Bangsa Eropah dan Amerika agar keluar menjajah demi meyampaikan "Mesej Mata Satu" kepada dunia oleh penjajah bermata dua.

Malqa Salis merujuk kepada Nusantara "Negeri di bawah angin"

Sebenarnya Rasulullah ada menyampaikan Hadis mengenai "MALQA SALIS" tetapi disembunyikan oleh kebenaran dan Kebatilan.

Hassan Ulubate adalah "Sebaik-baik tentera itulah tenteranya", kerana beliau adalah panglima komando elit Uthmaniyah pertama yang dapat menembusi tembok Istana Tokapi dan merupakan tentera pertama yang berjaya memacakkan Panji Perkasa Uthmaniyah (Simbolik kejayaan Penaklukan Kostantinopel oleh Islam) dan Syahid di atas istana Tokapi tersebut.

Komando Elit Turki Uthmaniyah Hassan Ulubate


"Panji Perkasa Uthmaniyah yang pertama dipacakkan di istana Tokapi oleh Hassan Ulubate"

HADIS RASULULLAH MENGENAI KONSTANTIN & NUSANTARA


 Hadis Rasulullah s.a.w untuk Kostantin / Islambol:


Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “Kostantiniyah (Islambol) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera”  
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Dari Abu Qubail berkata: Ketika kita sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau Rumiyah?
Abdullah meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya. Kemudian dia mengeluarkan kitab. Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah/Roma?
Rasul menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” Yaitu: Konstantinopel.
(HR. Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Hadis mengenai Nusantara di dalam Hikayat Pasai:



Musuh islam memahami akan Jadual Allah, lantas mereka cuba melemahkan menjatuhkan kedua-duanya dalam peritiwa 1511 & 1923.

Hadis Kostantin dan Nusantara adalah saling berkait ibarat seperti "Air yang dicincang tidak akan putus" itulah fakta yang sangat cuba disorok dan menjadi ketakutan musuh islam.



KESIMPULAN

Sesungguhnya Allah S.W.T menyimpan Kerajaan Islam Nusantara pada masa itu dikenali sebagai "Sultan Kecil Turki Uthmaniyah" untuk masa akan datang yang lebih gemilang dengan Kesultanan Ahlul Bait Nusantara kembali Berdaulat serta menjadi "Sultan Besar Dunia Islam" menggantikan Daulah Turki Uthmaniyah.

Sayidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi (Mujadid ke-13) pernah berkata: 


"Akan Sampai Masanya Turki Kecil Akan Membantu Turki Besar"

Rasulullah s.a.w berjanji bahawasanya Islam akan bangkit kembali di Timur, dinaungi oleh Sebaik-baik Pemimpin, Sebaik-baik tentera dan Sebaik-baik Rakyat. itulah Ikhwan dan Asoib.

Sesungguhnya Janji Allah itu Benar dan Berulang, Sabda Rasulullah ini ditujukan Khas kepada Islam di Kostantin dan Nusantara sebagai "Madinah Kedua".


"Muhammad Al-Fateh"


Sunday, 14 July 2013

KISAH DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 246-251

MUKADIMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bangsa bani Israel merupakan sebuah bangsa yang memiliki ramai Nabi dan Rasul diutuskan kepada mereka, tetapi di dalam Sirah Nabawiyah, sangat ramai antara mereka yang ingkar kepada Nabi mereka dan sangat sedikit antara mereka yang taat menjadi pengikut Nabi serta Rasul yang Allah utuskan kepada mereka.

Bangsa bani Israel banyak disebut di dalam Al-Quran sebagai sebuah bangsa yang degil,sombong dan ingkar kepada Nabi serta Rasul yang diutuskan kepada mereka, sehingga kini keturunannya ramai yang bermusuhan dengan Allah dan Rasulullah serta umat Baginda s.a.w.

FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH AL-BAQARAH

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 246-251 mengisahkan mengenai bangsa bani Israel yang meminta kepada nabi mereka (Nabi Allah Samuel) agar melantik seorang raja di antara mereka agar dapat menjadi ketua kabilah dan dapat berperang bersamanya:

Firman Allah s.w.t maksudnya:

“Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah." Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang." Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah,
padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?". Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim. Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu." Mereka
menjawab: "Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa."Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka:

 "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu,di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.

Maka tatkala Talut keluar membawa tenteranya,
 ia berkata:
"Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Talut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk
melawan Jalut dan tenteranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." Tatkala Jalut dan tenteranya telah nampak oleh mereka, merekapun (Talut dan tenteranya) berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir." Mereka (tentera Talut) mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah (sesudah meninggalnya Talut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karniaNya (yang dicurahkan/ rahmat) 
ke atas semesta alam.” (Al Baqarah 246-251)



HADIS RASULULLAH MENGENAI BANGSA BANI ISRAEL

Rasulullah s.a.w ada bersabda mengisahkan tentang bangsa bani Israil dan para raja mereka (pemerintah & penguasa) yang dilantik Allah s.w.t kepada mereka iaitu:

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bani Israel itu dipimpin oleh Nabi-nabi. Setiap seorang Nabi wafat, digantikan Nabi yang lain.”
(Hadis riwayat al Bukhari & Muslim)

Ibnu Kathir dalam kitabnya Tafsir al Qur’an al Azim membawakan sebuah hadith Rasulullah s.a.w 
diriwayat dari Mujahid r.a berkata:
“Raja di dunia yang menguasai timur dan barat ada empat: Dua dari mereka beriman dan dua yang lainnya kafir. Dua yang beriman itu ialah Sulaiman bin Daud dan Zulqarnain. Manakala yang kafir ialah Namrud dan Bukhtanashar.”


Terdapat juga raja lain yang beriman di zaman kenabian seperti Raja Tholut dan Raja Daud a.s, dan Raja yang kafir lain seperti Raja Trojan (zaman Ashabul kahfi) dan Raja Sayembara (Zaman Ashabul Ukdud).  

Daripada Al-Bara r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Para sahabatku yang menyertai Perang Badar adalah berjumlah bersamaan dengan pasukan Talut yang menyeberangi sungai dan anggaran jumlahnya kira-kira 300 dan beberapa belas orang. 
Demi Allah,
 tiada yang menyeberangi sungai itu melainkan 
orang-orang beriman sahaja” 
(Hadis riwayat al Bukhari)





KESIMPULAN

Beberapa pengajaran penting daripada surah Al-Baqarah yang mengisahkan peristiwa ini:

  • Allah s.w.t memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya.
  • Allah s.w.t mengangkat Talut sebagai raja Bani Israel.
  • Allah s.w.t menganugerahi Raja Talut ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.
  • Bani Israel ingkar kepada perintah Allah untuk taat kepada Raja Talut. Ini adalah sikap Bani Israel zaman berzaman. Bahkan mereka ingkar kepada rasul-rasul dari kalangan mereka dan membunuh rasul-rasul yang dilantik.
  • Allah s.w.t menguji ketaatan dan kesetiaan Bani Israel terhadap Raja Talut.
  • Allah s.w.t memberikan kemenangan kepada sesuatu kaum bukan hanya disebabkan kekuatan yang mereka miliki.
  • Faktor terbesar sesebuah kemenangan ialah kesabaran dalam mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
  • Jihad atau perang yang sah dan syar’ie ialah jihad bersama penguasa yang sah. Nabi Daud berjihad di bawah pasukan Talut yang diangkat sebagai raja yang sah.
Setiap perkara ada perulangannya, kerana semua ini adalah Jadual Allah dan setiap Jadual Allah ada JanjiNya (Janji Allah) untuk memenangkan islam di akhir zaman walau dengan apa cara sekalipun islam tetap akan menang dengan Izin kehendakNya.


                                           "Nasyid Surah Al-Baqarah Ayat 246-251"

MUSTAFA KAMAL ATATURK "FIRAUN YAHUDI ALAF BARU"

MUKADIMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



Negara Turki selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah dikenali sebagai Republic of Turkey adalah sebuah "Turki baharu" yang telah berjaya dicipta hasil usaha keras yahudi beratus-ratus tahun untuk menumbangkan daulah Turki Uthmaniyah sejak kekalahan besar mereka (yahudi) pada 1453 Masehi.

"Turki baharu" adalah sebuah Turki yang telah membawa dan mengamalkan sebuah ajaran baharu yang lebih moden serta bersama pendekatan profesional kepada rakyatnya iaitu ajaran "Sekular". inilah sebuah pendekatan moden oleh Bapa pembagunan Turki baharu (Mustafa kamal Ataturk).

Sebuah Turki baharu tersebut bukan sahaja memisahkan Islam dengan rakyatnya serta cara pemerintahannya, tetapi "Islam Baharu" yang dicipta telah membawa rakyat dan pengikutnya jauh dari TuhanNya.



PENEGAK AGENDA YAHUDI

Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang berketurunan Yahudi, dengannya dia telah membawa masuk pengaruh Yahudi dalam mengurus negara baharunya secara bersistematik.

Kerajaannya telah mencipta "Perundangan baharu" sebagai dasar-dasar rasmi negara bertujuan untuk menghina Islam dan negara Turki itu sendiri, serta hendak memalukan seluruh Dunia Islam dan bekas tanah naungan Turki Uthmaniyah di seluruh dunia.

Satu persatu bekas tanah naungannya dijajah sejak dari Kerajaan Turki Uthmaniyah berkuasa lagi dan mula melemah dengan pelbagai masalah dalaman berpunca dari pengaruh yahudi di dalam tanah naungannya.

Mustafa Kamal Ataturk juga telah memindahkan pusat pentadbiran Turki dari Ismabol ke Ankara. Islambol (Islam keseluruhannya) adalah gelaran khas pemberian Sultan Muhammad Al-Fateh kepada Konstantinopel telah diubah menjadi Istanbul oleh Mustafa Kamal Ataturk.



YAHUDI SEBAGAI FIRAUN KEDUA / FIRAUN BARU

Yahudi ternyata sudah melupakan sejarah gelap mereka, Dimana sejarah bangsa Bani Israel diselamatkan Allah dari kekejaman Firaun yang mengaku Tuhan di Mesir oleh UtusanNya Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Harun a.s.

Yahudi setelah berjaya melemahkan Islam, mula menjadi "Firaun baharu" kepada dunia dan bertindak kejam dalam menyesatkan aqidah serta kecintaan Umat Islam terhadap Islam di seluruh dunia.



"Firaun kedua" lebih sinonim dengan bangsa Yahudi yang mewarisi sikap dan perangai Firaun mengaku sebagai Tuhan di dunia, Yahudi adalah musuh tradisi umat Rasulullah, mereka juga berterus terang memusuhi Allah dan Nabi Muhammad s.a.w serta Islam.

Yahudi apabila berjaya menguasai Dunia Islam, mereka telah mencorak dunia dengan pelbagai kerajaan ciptaanya yang zalim dan menyombong di seluruh dunia hasil daripada penjajahan.

Kerana sangat yakin bahawasanya dunia sudah berada di kakinya, mereka mula menunjukkan keegoan dan kesombongan yang dahsyat, merasa mampu merubah segala ketentuan dan Janji Tuhan untuk Islam serta merasa merekalah yang mencorak dunia mengikut kehendak mereka sendiri. 

Sesungguhnya Allah s.w.t mengizinkan mereka melakukan penzaliman sebagai Istidraj daripada Allah yang Maha Berkuasa juga sebagai pengajaran hikmah kepada Umat Islam akan kejahatan yahudi.



ISTILAH "FIRAUN YAHUDI ALAF BARU"

Bangsa yahudi di seluruh dunia telah menjadikan Mustafa Kamal Ataturk sebagai "Jarum emas" mereka untuk melemahkan dan menghina islam.

Yahudi cukup dengan mengunakan formula mengetengahkan satu "Model" untuk memberitahu kepada dunia itulah harapan dan cita-cita mereka terhadap dunia dan Islam.

Mustafa Kamal Ataturk membawa maksud Manusia hebat (menurut yahudi), gelaran "Ataturk" sendiri digunakan secara rasmi oleh Mustafa Kamal Ataturk membawa maksud "Ketua berhala yahudi".



Semasa era Mustafa Kamal Ataturk menjadi Presiden Pertama Republik Turki, Dengan kuasa perintahnya dia telah menjemput para tukang pembuat patung profesional dari seluruh eropah untuk membina mengukir pelbagai jenis patung dirinya di seluruh Turki, bermacam versi dan reka bentuk patung berhala "manusia agung" itu dipacakkan ke seluruh Turki.

Perkara ini bersamaan dengan Firaun di mesir, dimana Firaun memerintahkan kepada semua hambanya agar membina patung dan tugu dirinya di seluruh mesir sebagai tanda kekuasaannya dan simbolik dia mengaku sebagai Tuhan.

Sebab itulah Mustafa Kamal Ataturk digelar umat islam sebagai "Firaun Yahudi Alaf Baru".



GELARAN YAHUDI KEPADA MUSTAFA KAMAL ATATURK

Antara beberapa gelaran popular yang diberikan oleh yahudi dalam mengagungkan Mustafa Kamal Ataturk di zaman kekuasaanya:



  • Anak Tuhan yang diutuskan
  • Anak Besar Dajjal Al-Maseh di zamannya                   
  • Pembebas Konstantinopel yahudi
  • Harapan dunia
  • Penyelamat dunia
  • Perwira dunia
  • Hero dunia
  • Mentor dunia
  • Role model dunia
  • Idola dunia
  • Inspirasi dunia
  • Bapa pembaharu dunia
  • Pembuka jalan dunia
  • Haris Haras yahudi di zamannya                                                      (Penunjuk jalan kebatilan)


Yahudi sememangnya banyak mempersenda Janji Allah yang disampaikan Rasulullah kepada umat islam dengan tokoh-tokoh pembela yang Allah kirimkan seperti Imam Mahadi, Pemuda Bani Tamim dan Haris Haras, yahudi telah mengaplikasikanya dengan mencipta watak dan contoh mereka tersendiri kepada umat yahudi sedunia.



KESIMPULAN

Kejayaan yahudi di dunia adalah sepertimana beberapa Sabda Rasulullah s.a.w:

"Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin, Syurga untuk orang kafir"


"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."


(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Kata-kata Arifbillah mengenai Istidraj:

Kesenangan hidup di dunia ini, 
Allah banyak memberikan 
Kepada orang yang berkuasa, 
Kepada raja-raja,
Dan orang yang kaya raya 
Yang zalim dan menyombong. 
Agar di Akhirat kelak mereka papa kedana,
Bahkan di azab berpanjangan di dalam Neraka 
Kerana itulah,
Kalau Allah benci seseorang itu,
Dilebihkan dunianya. 
Itulah Istidraj, 
Yahudi adalah penerima Minda Istidraj 
paling berat di dunia.






"Catatan di Bumi Khalifah"

Friday, 12 July 2013

MUSLIHAT MONUMEN TUGU PERINGATAN DI TANAH MELAYU

MUKADIMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



Tanah melayu kaya dengan sejarah peradabannya yang tersendiri berdasarkan Islam sebagai asasnya, tetapi sejak kedatangan para penjajah, segalanya tercemar dan rosak serta telah melahirkan "sebuah bangsa melayu baharu".

Protugis,Belanda dan British adalah satu nama penjajah yang tidak asing lagi di tanah melayu, masing-masing membawa agenda dan kepentingan mereka yang tersendiri, berjaya membawa perubahan dan kesannya dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Antara impak penjajahan yang tersisa dan berbekas hasil peninggalan "kekotoran" mereka yang belum dapat dibersihkan adalah seperti sistem-sistem perundangan, politik,ekonomi dan sebagainya.

Walaupun mereka sudah meninggalkan negara ini menjangkau tempoh separuh Abad, tetapi mereka tetap menjenguk dan menjeling ke arah negara bertuah ini.

Semenanjung emas ini mereka telah gagal kristiankan, Sesungguhnya Allah maha melindungi bumi daulahNya. tetapi segala perkara yang lain mereka telah berjaya membawa satu minda baharu yang sangat halus mencemarkan pemikiran dan merosakkan bangsa asal bekas tanah jajahannya, itulah minda istidraj daripada Allah kepada mereka.

Antara kesan sejarah yang paling terkesan sehingga ke hari ini adalah pelbagai tinggalan monumen kemerdekaan dan monumen penjajahan dari mereka.

Tidak lupa juga hasil peninggalan tugu peringatan agama Hindu,Budhha,Kristian yang telah banyak "tumbuh bagai cendawan selepas hujan" di tanah melayu sebelum dan selepas merdeka.


MUSLIHAT TUGU PERINGATAN DI TANAH MELAYU

Yahudi melalui Penjajah telah mencemari dan merosakkan pelbagai sistem dan nilai Agama Islam di Tanah Melayu.

Tidak cukup dengan penyelewengan fakta sejarah Tanah Melayu dan tokoh-tokoh pejuang yang menentang kezaliman mereka, ditambah lagi dengan konspirasi memasang jarum muslihat yang hebat dan menjadi tinggalan yang jelas di kaca mata sehingga ke hari ini.

Contoh yang dapat dilihat adalah dengan tinggalan pelbagai monumen tugu peringatan mereka yang dilihat menjelaskan mereka telah berjaya "Mencorak" Tanah Melayu mengikut acuan dan identiti mereka.

Pembinaan pelbagai monumen "sejarah" itu menceritakan kepada kita akan penjajahan dan pelbagai bentuk kejahatan yang "tersembunyi" yang telah mereka lakukan keatas Tanah Air ini.


RAHSIA DISEBALIK MONUMEN TUGU PERINGATAN

Pembinaan pelbagai monumen tugu peringatan di Tanah melayu dan Singapura mempunyai banyak maksud tersirat dan terancang.

Sekaligus menjelaskan kepada kita bahawa mereka telah menunjukkan "belang" dan Ego yang dahsyat, begitulah sikap yahudi.

Mereka membinannya untuk menjelaskan merekalah yang "berkuasa" dan berlagak seperti Tuhan dalam menentukan nasib bangsa yang dijajahnya, walaupun mereka tidak mengaku sebagai Tuhan, tetapi sikap dan perangai mereka menjelaskan segalanya, membongkarkan kepada kita sikap keegoan dan kesombongan mereka yang sebenar.

Salah satu monumen kemerdekaan di Tanah Melayu

Pembinaan dan kepacakan pelbagai monumen tugu peringatan di Tanah Melayu adalah bertujuan "Memacak sihir" dan setiap tugu-tugu tersebut akan mendapat "Isyarat sihir" dari eropah, Amerika dan seluruh dunia yahudi untuk menyihir keyakinan dan pemikiran bangsa melayu islam di Tanah Melayu. 

Mereka juga membawa ajaran batil seperti fahaman iluminiti dengan simbolik "Penyembahan berhala". mereka juga telah meracuni umat islam agar memuja mengagungkan Artis-artis, Ahli politik,Ahli sukan dan sebagainya seperti "Berhala hidup" yang bergerak ke seluruh dunia sebagai "Idola & mentor", begitulah jarum kejahatan yahudi mengembalikan kebatilan kepada dunia islam yang dijajahnya.

Patung gangsa Francis Light di Pulau Pinang
Tugu Stamford Raffles di Singapura
KESIMPULAN

Segala kejahatan yahudi sudah beransur-ansur dibongkar, yahudi bersama empayarnya mula melemah hanya menunggu hari kejatuhannya.

Sudah jelas kepada kita akan kejahatan yahudi melalui pelbagai muslihat dan fitnah yang telah dicanang dan disampaikan keseluruh bekas tanah jajahannya.

Seluruh dunia telah menerima kesan hasil penjajahannya, satu dunia sudah tercemar dengan fitnah dan "najis" yang telah "dibaja" yahudi keseluruh dunia.


Mustafa Kamal Artartuk "Firaun Yahudi Alaf Baru"

Wednesday, 10 July 2013

PERUTUSAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434 HIJRAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadan Eidul Mubarak...


Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang penuh keberkatan.

Ibadah puasa adalah Rukun Islam ke tiga,Asas kepada Aqidah Ahli Sunah Wal Jamaah yang Haq.Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan "Hadiah Allah" kepada sekalian Umat Rasulullah s.a.w.

Marilah kita mencontohi Puasa Rasulullah, Sahabat, tabien, dan salafus soleh, kerana mereka semua berpuasa dengan penuh penghayatan dan kesedaran, inilah yang cuba diamalkan oleh orang mukmin dan menjadi amalan Ikhwan Asoib di akhir zaman ini.

Paduka Baginda DYMM Rasulullah S.A.W (tokoh segala tokoh) tersangat-sangat merindui umatnya yang asing terutama Ikhwan dan Asoibnya, kerana Iman dan Keyakinan mereka Sangat Ajaib, Orang Mukmin sangat malu dan memburu berkat mereka (Ikhwan Asoib).

Ibadah Ikhwan Asoib seperti Sembahyang,puasa serta berjuang mereka adalah "Secara Roh".Bermaksud Penuh penghayatan, kesedaran, berkesan dihati dan zahir pada tindakannya (berjuang / bermujahadah).

Di Bulan Ramadhan yang mulia ini, jangan rosakkan Ramadhan sebagai bulan Pesta Makan dan minum, jadikan bulan Ramadhan sebagai Pesta Ibadah untuk Mujahadah Nafsu, Bulan memperbanyakkan amalan secara tertib dengan penuh pengharapan keredhaan keampunan kepada Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

Ramadhan adalah Bulan Umat Rasulullah s.a.w, Hargailah dan raikan bersungguh-sungguh serta junjungilah Bulan Yang Allah Hadiahkan Kepada Kita sebagai Umat Nabi Muhammad s.a.w.

Selamat berpuasa kepada sekalian umat Islam dan pembaca Blog Tinta Hati yang dihormati, ampun maaf zahir batin, wassalam.


Daripada Abu Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

(Hadis riwayath  Bukhari, Muslim & Nasaaei)

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

(Hadis riwayat oleh Nasai'e, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Dan Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda:

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

(Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud,Nasai'e & Baihaqi)

 Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (kebenaran)"

(Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi)


Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "


(Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim)



                                   
                                       "Nasyid Rukun Islam Lima Perkara"


                           
                                            "Nasyid Sinar Ramadhan"

                              
                                                 "Nasyid Ramadhan Dua Zaman"