Friday, 10 May 2013

BLACKOUT PROJECT: EARTH HOUR

EARTH HOUR: RAHSIA KEJAHATAN DALAM KEGELAPAN


Dunia hari ini
Cahayanya terpadam
Bergelap gelita tiada sinaran
Malam berpanjangan tanpa kesiangan

Dunia menerima hari kegelapan
Simbolik ritual akan kejahatan
Agenda rencana si mata durjana
Fitnah sihirnya bertebaran keserata alam

Kegelapan itu
Memanggil-manggil kejahatan
Menyeru mandat sumpah setia
Pada telunjuk si derhaka lagi dilaknat

Gelapnya malam hari 
Tanpa cahaya sang suria
Namun purnama menjadi saksi
Cahaya Ilahi tetap dihati yang celik

Kegelapan ini
Tidak akan selamanya
Cahaya pembela bakal menjelma
Fajar subuh bersama sinarnya mentari


PEMBONGKARAN KOD RAHSIA: EARTH HOUR

Salah satu misi "Blackout project": kempen "Earth Hour".

Blackout projek seterusnya adalah dibawah misi dan tajuk "Earth Hour" , satu kod rahsia yang telah dipecahkan, Earth hour telah direka bukan sekadar memadamkan lampu,menggelapkan suasana selama satu jam diseluruh dunia pada setiap tahun sekali, tetapi ada sesuatu yang direncanakan oleh sekutu kuat Dajjal ini iaitu menyebarkan sihir di dalam "kegelapan".

Program ini disokong diseluruh dunia, telah menjadi satu kebanggaan kepada negera-negara yang menyertai misi ini, Sudah ramai yang tertipu disebalik agenda besar yahudi sebagai sekutu kuat Dajjal melaksanakan misi-misi iluminiti mereka terhadap dunia.


Ini adalah satu simbolik upacara ritual pengikut Dajjal di dalam kegelapan, dimana kegelapan yang direncanakan adalah simbolik ritual kejahatan seterusnya mengiatkan lagi penyebaran angin sihir melalui fitnah Dajjal ini keseluruh dunia.

Earth Hour adalah satu agenda Iluminiti untuk menerangi kehidupan di dalam kegelapan yang direncanakan,ianya disebut sebagai Mind control dan hipnosis, merupakan sebuah bentuk sihir yang bertindak menggelapkan Minda dan hati manusia agar tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan, oleh yang demikian, manusia sering sahaja membuat kekecohan dan huru-hara di merata dunia, manusia dibentuk menjadi ganas,kejam dan tidak berperikemanusiaan. inilah fitnah yang sedang melanda seluruh dunia dan tidak terkecuali adalah dunia islam sendiri.




Pada pandangan para Arifbillah, Allah sentiasa menolong menjelaskan akan segala sesuatu perkara yang licik yang direncanakan oleh musuh-musuh Allah, Allah akan membuka mata hati dan memberikan rasa hati juga firasat akan bahayanya fitnah dan sihir yang cuba ditebarkan, Allah Maha mengetahui akan segala sesuatu yang tersurat lagi tersirat, memberitahu kepada hambanya agar menjauhi dan memagar diri akan sihir dan fitnah yang bakal dilancarkan keseluruh dunia.


(Sila klik video ini)
"Nasyid Dunia hari ini"

(Sila klik Video ini)
"Nasyid Dimana hilangnya fitrah manusia"

(Sila klik video ini)
"Bangkit: Alteri terahsia melayu"



Thursday, 9 May 2013

RAHSIA KOD: BLACKOUT PROJECT


Hitam melambangkan gelap
Musuh kepada cahaya
Datangnya membawa petaka
Fitnahnya memudaratkan serata alam

Blackout project, merupakan satu program dikaitkan dengan simbolik perhimpunan pengikut Dajjal dengan membuat sebarang kekecohan,kekacauan dan huru-hara di merata-rata tempat.

Sihir-sihirnya ditebarkan keseluruh hati-hati manusia agar menjadi agresif,keras,berkasar,berdendam dan sentiasa tidak berpuas hati.

RAHSIA KOD:

B + L + A + C + K = HITAM / GELAP

Kegelapan adalah simbolik kepada kejahatan,hitam juga merujuk kepada sifat-sifat terkeji / Mazmumah.

O - U - T - P - R - O - J - E - C - T = MISI / TUGASAN 

Merujuk kepada perlaksanaan tugasan yang sangat licik lagi tersusun, simbolik kepada strategi yang senyap dan berdisiplin dalam mempengaruhi suara orang ramai.


Dalam beberapa siri Blackout ini, ramai yang telah terpedaya akan fitnahnya, caranya adalah dengan mempergunakan agenda lain yang lebih panas untuk mempengaruhi kebanjiran pengaruh suara mereka yang ramai, mereka semua itu telah dipergunakan dan dilagakan dengan kebenaran.



Terdapat bermacam-macam cara untuk mereka meraikan beberapa siri perhimpunan protes ini iaitu antaranya dengan memakai baju hitam dan bertopeng.



Rasulullah S.A.W Bersabda:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

(Sila klik Video ini)
"Contoh: Perhimpunan Suara rakyat suara keramat"

"Kekecohan mendatangkan kekacauan, ketegangan dan kekejaman, seterusnya timbullah huru-hara" 

(Sila klik video ini)
"Nasyid huru-hara"

Renung-renungkanlah akan perhimpunan mega yang dijayakan dalam misi "Blackout" kali ini.






Sangat berjayanya yahudi menipu kita dengan agenda-agenda yang tersembunyi mereka, tetapi renungkanlah akan tanggungjawab kita kepada Allah dan Islam?

Ingatlah wahai kesemua musuh-musuh Allah, anda semua sedang diperhatikan, segala perancangan dan tipu daya anda dapat diketahui dan akan digagalakan olehNya, Maha suci Allah yang Maha mengetahui akan segala sesuatu yang tersurat dan yang tersirat.



Walaupun "Blackout"
Allah tetap melihat semuanya
Maha pencatur segala rencana MilikNya
Mengagalkan melumpuhkan sekalian musuh-musuhNya

Wednesday, 8 May 2013

BLACKOUT: KOD RAHSIA (KEGELAPAN TIDAK SELAMANYA)



Kebenaran digelapkan dari pandangan yang buta
Munculnya fitnah-fitnah yang dibesar-besarkan
Menghantui Umat Islam seluruh dunia 
Inilah kegelapan jahiliyah moden

Istilah "Blackout" sering disebut-sebut sebagai satu agenda SPR di dalam proses penjumlahan undi, apabila BN didapati tidak menang undian, maka pelbagai tipu helah yang licik dan terancang bakal dilaksanakan semasa pengiraan penjumlahan undi, sampaikan ada kes peti undi dilarikan, peti undi ditukar dan bermacam-macam peristiwa yang kita semua sudah mendengarnya.


Tetapi tahukah kita akan maksud BLACKOUT yang lebih besar daripada itu? 

"Blackout" mempunyai maksud dan pengertian tersendiri:

B - Kegelapan
L - Kelicikan
A - Kezaliman
C - Kekecohan
K - Kekacauan

O - Ketenangan
U - Keamanan
T - Keimanan



BLACKOUT adalah salah satu konspirasi dan fitnah Dajjal yang sangat terancang.

Dunia hari ini di dalam kegelapan

BLACK = Adalah kegelapan dalam ketakutan, kelicikan bersama kepentingan, kezaliman besertakan kejahilan, kekecohan menuntut keadilan dan kekacauan dalam kekerasan.

Dunia akan datang menuju cahaya yang bersinar 

OUT = Merupakan ketenangan dalam kesabaran, keamanan bersama kedamaian dan keimanan besertakan ketaqwaan.

"Kegelapan yang tidak selamanya"

(Sila klik video ini)
"Nasyid kegelapan malam"

"Pejam dan celik bukan sekadar pandangan di mata, Pejam Celik juga adalah pandangan DI HATI, jika dia PEJAM maka dia BUTA HATI, jika dia CELIK dia akan nampak melalui MATA HATI"

(Sila klik video ini)
"Nasyid pandangan mata"


Sunday, 5 May 2013

PRU13: DICEMARI FITNAH DAJJAL

Pilihan raya umum kali ke-13, atau (PRU-13) merupakan pilihanraya yang lebih hangat daripada yang sebelumnya, lebih meriah daripada hari raya, lebih tegang dan kecoh daripada biasa, kenapa?

Kerana inilah dia pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya Malaysia tercinta, kerana masing-masing telah sama-sama berusaha keras merebut dan mengekalkan kedudukan mereka sesama sendiri untuk menuju ke Putrajaya atau mengekalkan kedudukan di putrajaya yang mereka semua hasratkan.

Kini hamba ingin berkongsi sedikit fakta yang berat dan sukar diterima oleh ahli akal,tetapi ianya mudah difahami oleh mereka yang celik mata hatinya.

P/S: Hamba menulis tidak mewakili mana-mana pihak yang bertanding,harap maklum.

Antara perkara penting yang sudah berlaku ialah:

1) Seruan "INI KALILAH"

Slogan "INI KALILAH" yang dimaksudkan adalah "INNI QALILLAH" dalam bahasa Arab yang membawa maksud "AKULAH ALLAH"

Ini adalah fitnah terawal Dajjal terhadap Malaysia yang di dalangi pembangkang.



Sekarang ini di mana-mana sahaja pada mulut rakyat malaysia sering menyebut "INI KALILAH", sebuah kalimah yang kebiasaanya digunakan untuk melepaskan geram dan menyemarakkan semangat agar mengubah pucuk pentadbiran negara.

Berhati-hatilah dari selalu menyebut perkataan ini, kerana ianya melibatkan soal akidah umat islam di malaysia.



Juga ada pendapat kedua untuk menyangkal dan mengemukakan hujah mengenai maksud sebenar "INI KALILAH"



Jadi pertimbangkanlah kedua-dua pendapat ini, sebaik-baiknya hindarilah dari mainan fitnah ini.


2) Dakwat kekal oleh Suruhanjaya pilihanraya (SPR)

Dakwat ini tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada pengundian yang berulang, cuma perkara yang menjadikan fitnah dajjal adalah kerana dakwat kekal ini adalah sebahagian daripada salah satu simbolik sumpah taat setia kepada pengikut Dajjal laknatullah.ini adalah fitnah yang besar.

Kerajaan malaysia sudah menghabiskan sejumlah peruntukan perbelanjaan yang banyak untuk membekalkan dakwat kekal ini supaya dapat digunakan di hari pembuanagn undi.

Sudah terjadi fitnah kini bahawa sebelum mengundi, SPR mengumumkan dakwat kekal ini bertahan sehinggan 7 hari, tetapi apa yang berlaku kini dakwat kekal ini mudah hilang dan tidak kekal, ini juga mendatangkan fitnah, dikhabarkan majlis fatwa mengesahkan dakwat kekal ini boleh dibawa untuk solat, jabatan kimia mengesahkan ianya tidak bahaya, dan lain-lain agensi terbabit mengesahkannya, ianya memang benar, tetapi menjadi fitnah apabila dakwat kekal ini ramai memperkatakan keberkesanannya.

Tidak perlu mempersoalkan sesiapa,cuma hendak memberitahu bahawasanya Dajjal itu sangat suka akan perkara yang kecoh dan menghuru-harakan keadaan dan suasana, hindarilah daripada fitnahnya.



3) Pemerhati Antarabangsa

Dilaporkan selain adanya agen pemerhati di setiap pusat pembuangan undi yang mewakili parti yang bertanding, terdapat juga diantara wakil pemerhati yang dijemput khas dari negara luar untuk bertandang di Malaysia, inilah juga kesempatan agen-agen Dajjal memerhati keberlangsungan proses pilihanraya di Malaysia.




4) Bendera kecil berwarna-warni berbentuk segi tiga

Sehari dua sebelum pembuangan undi, di Ibu negara kecoh dengan kehadiran berbagai-bagai bendera kecil berwarna-warni dipacakkan di tengah-tengah kemeriahan bendera parti-parti yang sedang berkempen, apakah maksud perletakan bendera kecil ini? mencantikkan suasana? memeriahkan warna-warni parti? atau provokasi?


Ini adalah Isyarat-isyarat fitnah agar kekacauan dan keganasan dimulakan, jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada mereka (Pembangkang), akan bermula lagi fitnah dikatakan sebagai penipuan dan sebagainya justeru itu, keganasan dan kekacauan boleh dihalalkan. inikah yang dimahukan?




5) Bunyi lonceg gereja yahudi pada hari mengundi

Sudah terjadi akan fitnah Dajjal mengenai bunyi isyarat lonceng gereja yahudi di vacitian dan di seluruh negara yahudi/barat dan timur, (negara majoriti Kristian yahudi). bunyi lonceng gereja yahudi itu berbunyi sebanyak 3 kali, ini adalah isyarat simbolik penyebaran angin sihir ke Malaysia, udara telah dicemari dengan sihir dan untuk membuatkan para pengundi memilih pembangkang, tetapi usaha mereka gagal, Allah selamatkan Malaysia dengan kemenangan kerajaan yang sedia ada, maka terselamatlah Malaysia daripada fitnah Dajjal yang telah dirancang selama ini.




"Gereja yahudi doakan perubahan kerajaan Malaysia"

Itulah antara sebahagian perkara-perkara fitnah yang di tempuhi oleh kita semasa PRU KE-13 ini, mungkin inilah dia pilihan raya terakhir di Malaysia sebelum Islam menang dengan caranya yang tersendiri.


Ampun maaf di atas segala kesilapan hamba, mana yang baik semuanya datang daripada Allah s.w.t dan mana yang buruk datangnya dari hamba sendiri, Wassalam. 

Tuesday, 30 April 2013

NASIHAT KEPADA AHLI AGAMA BERJAWATAN RASMI


Dunia menyaksikan kewibaan engkau,
Dalam menghukum menindas ahli-ahli thoriqah,
Engkau digaji untuk memusuhi saudara seislammu,
Ego sombongnya engkau dalam berkuasa.

Adakah engkau sudah berjaya membuat islam?
Engkau hanya memantau menghukum,
Jauh sekali memberi nasihat pandangan,
Mereka membela Islam, engkau menghalangnya,
Engkau salahgunakan kuasa menjual pula agama.

Sentiasalah mereka diuji oleh engkau sendiri,
Gerakan dakwah mereka engkau lumpuhkan,
Engkau menfitnah,mengharamkan dan menfatwakan,
Zalimnya engkau dalam menguruskan Agama.




Engkau mengaku berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Sebenarnya engkaulah musuh Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Kerana watak dan sikapmu sendiri,
Bagaikan Yahudi dalam berdendam berhasad dengki,
Juga seperti Wahabi dalam menghukum.

Itukah sahaja bidang kuasamu,
Dalam menguruskan urusan agama?
Adakah islam akan menjadi syumul?
Islam semakin jumud terhina olehmu sendiri.

Ahli agama berjawatan rasmi,
Menjadi perosak agama diatas nama agama,
Mudah-mudahan engkau akan sedar diri,
Atau menerima hukuman Ilahi,
Kerana kesalahan engkau sendiri.

Wahai ahli agama berjawatan rasmi,
Belalah agama di atas nama agama,
Pastinya engkau akan dihormati,
Kewibawaanmu pasti akan dibantuNya,
Menghukum atas kehendak ilahi bukan nafsumu,
Di situlah kemuliaan engkau,
Sebagai pemegang amanah Allah.
Islam menjadi mulia dengan pembelaanmu bersama.





"Nasyid pemimpin tiga darjat"

Saturday, 27 April 2013

KEMBARA ROH: RINTIHAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP TANAH SUCI UMAT ISLAM KINI

                
                 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Kita semua sedia maklum bahawasanya Mekah dan Madinah adalah tempat suci kita umat islam, tempat yang menyimpan pelbagai seribu satu kisah dan sejarah, Umat Islam di seluruh dunia dituntut untuk menziarahi tempat suci dengan pelbagai tujuan utama iaitu untuk ziarah, Umrah dan Menunaikan Haji Rukun Islam yang ke lima.

Alhamdulillah, pada pagi ini hamba ingin kongsikan pengalaman mimpi kembara roh hamba di tanah suci Mekkah dan Madinah, Mudah-mudahan ada manfaatnya buat kita semua umat Islam dan kita sebagai umat Rasulullah s.a.w yang baginda sangat rindukan dan baginda sangat hendak mennyelamatkan kita semua dari tipuan dunia dan azab api neraka.




Kisahnya begini:

Pada malam harinya pada waktu Tahajjud sebelum Subuh, hamba bermimpi mengikuti satu agensi pelancongan untuk melaksanakan umrah di tanah suci, hamba ditaja dan menjadi pembantu kepada mutawaatif di tanah suci, hamba menghadiri kursus dan panduan di sana, selanjutnya setelah selesai semua majlis tersebut, hamba mengembara memburu berkat di tanah suci mekkah dan madinah. tetapi malangnya, tidaklah hamba menemui jejak-jejak tinggalan Rasulullah dan sahabat serta Salafus soleh yakni secara roh, yang hamba dapati di tanah suci kini adalah yahudi dan wahabi sedang menguasai suasana di sana.

Hamba merintih, dimanakah dia Roh Islam di tanah suci? dimanakah Rasulullah? hamba menangis sebak di dalam perjalanan hamba di sana, ke hulur kehilir hamba mencari berkat, tiada diketemui, hanya yang ada hanyalah udara cinta dunia yang merosakkan suasana Kaabah di Mekkah dan Madinah.



Seterusnya dalam kembara hamba seperti seorang anak-anak kehilangan ibu, hamba mula ditarbiyah, Roh Rasulullah datang kepada hamba secara suara yang ghaib (Suara Hatif) memberitahu kesedihan Rasulullah s.a.w yang amat sangat terhadap tanah suci Mekkah dan Madinah, Rasulullah memberitahu:

 "Lihatlah apa yang sudah terjadi di tempatku dan di kampung halamanku?, Yahudi dan wahabi sudah merosakkannya, datanglah kamu untuk membebaskan tanah suci ini dari cengkaman yahudi dan wahabi, bersihkanlah kampungku dan tempatku"

Hamba yang sedang bersedih bertambah menderita tersiksa dijiwa, apalah daya hamba yang hina ini dapat membantu membersihkan suasana yang telah dasyat di yahudikan dan di wahabikan ini.

Hamba diperlihatkan suasana masyarakat di sekitar tanah suci ini kesemuanya berperangai jahat, tipu menipu, berkasar, tindas menindas, tiada kasih sayang, dan masing-masing ada kepentingan lain (Hal dunia).

Adakah ini merupakan pengulangan kepada zaman jahiliah? di mana suatu masa dahulu, suasana di Mekkah sebelum Islam melalui Rasulullah dan sahabat yang datang membebaskan Kaabah daripada berhala, suasananya dan sikap masyarakatnya di zaman itu tiada berkasih sayang dan tindas menindas sesama sendiri, hakikatnya inilah yang berlaku kini.



Hamba seterusnya berselawat badawi di dalam mimpi dengan sedih dan malu kerana tiada upaya hamba menyahut seruan Rasulullah agar membersihkan Kampungnya dan tempatnya, Ya Allah bantulah hambamu ini yang lemah dan hina, pandulah hambamu agar sentiasa dipandu dan ditunjuki jalan yang benar.

Begitulah wahabi yang telah merosakkan kesucian tanah suci Mekkah dan Madinah, mereka berjaya rosakkan rohnya, mereka berbagga sebagai Khadamul Harmain dan Khadam tanah suci, tetapi dalam masa yang sama merekalah dalang utama perosak tanah suci ini, mereka tunjukkan kepada dunia islam bahawasanya mereka mampu menjaga tanah suci sedangkan mereka sebenarnya adalah perosak tanah suci!


Yahudi pula menyelinap masuk melalui wahabi untuk memisahkan umat Islam daripada Allah dan Rasul kepada Dunia dan seisinya, begitulah kejahatan Yahudi dan Wahabi yang Rasulullah bongkarkan, berapakah ramai pada setiap tahun umat Islam balik dari mengerjakan haji tidak mendapat Haji yang Mabrur, malah hasil Hajinya adalah dunia, tidak membawa balik hikmah haji, yang dibawa balik adalah cinta dunia dan udara cinta dunia yang disajikan yahudi dan wahabi itu.


Rasulullah datang memanggil kita semua untuk menyahut pangilan mulia Rasulullah, kekasih Allah dan kekasih utama kita semua agar bangun berjuang membebaskan Islam daripada terikat dengan sistem Yahudi dan cinta dunia. agar kita bebas membesarkan Allah dan bebas mengamalkan Sunah Rasulullah, itulah kemerdekaan yang hakiki di dunia sebelum merdeka di Akhirat kelak di syurga Allah s.w.t, 

Marilah semua wahai pejuang-pejuang Allah, kita bela Allah dan Rasul, kita perjuangkan Islam sehingga berjaya dengan berkat dan rahmat dari Allah dan Rasulullah s.a.w yang sangat-sangat berperanan melalui Nur Muhammad yang membantu membela kebenaranNya.


Diharapkan semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini, kerana ini adalah Rintihan dan Teguran Rasulullah s.a.w, Datanglah kita beramai-ramai membela tanah suci, perjuangkanlah Allah dan Rasul serta Islam di jalan yang Hak, agar kembali berdaulat tidak lama lagi.

Ampun maaf di atas segala kesilapan hamba, mana yang baik semuanya datang daripada Allah s.w.t dan mana yang buruk datangnya dari hamba sendiri, Wassalam.


"Terima kasih wahai Nabi"

Wednesday, 24 April 2013

DEMOKRASI : TUKAR ATAU KEKAL?

                  السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Alhamdulillah, hamba ingin bercerita sedikit mengenai hakikat demokrasi, persoalannya adakah wajar ditukar atau dikekalkan demokrasi? kini ahli-ahli politik di malaysia sedang sibuk berkempen dan mempromosikan diri mereka, juga tidak kurang hebatnya sedang berlaku perebutan sesama pihak lawan mereka masing-masing sama ada Tukar atau Kekal akan pilihan demokrasi oleh rakyat yang bertindak sebagai pemilih mereka pada pilihanraya ini.


Hal ini sebenarnya menjadi isu kebiasaan setiap kali musim pilihanraya di malaysia, dimana terdapat dua parti dari dua pihak saling berebut untuk bergilir-gilir memerintah iaitu kerajaan dan pembangkang, sudah menjadi adat di dalam demokrasi, yang menang membentuk kerajaan berkuasa, yang kalah membentuk kerajaan pembangkang, demokrasi hanya ada dua pilihan yang sempit, iaitu kerajaan dan pembangkang, walaupun ada calon bebas, nampaknya tidak bebas sebenarnya bergerak,juga memerlukan sokongan kerajaan atau pembangkang.



Skala penilaian menang dan kalah undian di dalam demokrasi adalah seperti berikut:

1) Untuk pihak yang menang, adalah ditakrifkan dengan mendapat undian yang majoriti atau menang tipis. 


2) Bagi pihak yang kalah,adalah dirumuskan jika undian kurang dalam skala yang besar atau kalah tipis, 


Itulah hakikat yang perlu diterima di dalam demokrasi, apabila berlaku undian seimbang (Hampir sama banyak), dikira pemenangnya melalui menang tipis dan dikira pihak yang kalah apabila mendapat undian perbezaan yang tipis, dan begitulah sebaliknya.


Pihak yang menang tipis tetap dikira menang walaupun tipis, sedangkan masih ada ramai pemilih yang undian mereka kalah tipis tidak sama sekali bersetuju dengan pihak yang menang tipis memimpinnya.


Pemilih sudah berpecah kepada dua kelompok yang besar, memang benarlah, demokrasi hanya memecahbelahkan sesama sendiri.


Mudah sungguh demokrasi menipu kita,kita semua tentu sedar, demokrasi mengatakan kehendak majoriti itu benar. Mereka layak menang, Yang ramai itu benar.


Sedangkan di dalam Islam, yang benar tetap benar walaupun bilangannya sedikit,yang salah tetaplah salah walaupun bilangannya ramai.



Iklan: Sekadar selingan / gambar hiasan

Calon-calon yang bertanding pula terikat dengan peraturan tertentu, juga yang lebih "mengaibkan" lagi adalah sebelum bertanding hendaklah mendaftar bersama "wang pertaruhan", itu adalah syarat utama dalam pertandingan beberapa penjuru yang berdaftar, lagi banyak penjuru bertanding, maka lebih banyaklah wang pertaruhan yang akan diperolehi, bagi pihak yang menang ianya bonus sebagai modal permulaan untuk mula mentadbir, wajarkah dan halalkan pertandingan taruhan tersebut? Adakah islam menghalalkannya? walaupun ada parti yang menggunakan nama islam untuk masuk bertanding, wang pertaruhan tetap perlu dibayar,jika gagal melakukannya maka tidak layak masuk bertanding. timbulah peribahasa yang sesuai iaitu "Yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu".

Demokrasi juga timbul istilah lompat melompat parti,jatuh-menjatuhkan,naik-menaikkan,fitnah menfitnah disana sini,bermusuhan sesama sendiri kerana berlainan parti,dan pelbagai lagi kemungkaran yang tidak perlu disebutkan, adakah demokrasi ini dapat terus dilaksanakan dan masih relaven untuk kebangkitan islam di akhir zaman? Adakah Islam menang melalui demokrasi? semestinya sama sekali adalah tidak jawapannya,sekali lagi peribahasanya yang sesuai adalah "Sepandai-pandai tupai melompat, Akhirnya jatuh ke tanah juga".





Demokrasi di malaysia, Masing-masing berebut hendak menduduki putrajaya,pusat pentadbiran bagi mereka yang memenangi pilihanraya,jadi berlakulah peristiwa satu pihak hendak mempertahankan kekuasaan dan satu lagi mahu merampas dari penguasaan sebelumya, perkara ini tiada kesudahan sampai bila-bila.


InsyaAllah, mungkin inilah dia pilihan raya yang terakhir di nusantara, putrajaya bakal ditadbir dimakmurkan oleh orang-orang Tuhan tidak lama lagi, bakal di duduki oleh Ikhwan dan Asoib, Putrajaya merupakan pusat pentadbiran lahiriah empayar islam di akhir zaman. Allah jualah pencatur dan yang mencatur semua ini, masanya semakin hampir, marilah kita semua sama-sama menunggu dan terus berjuang menagih janji Allah untuk Islam buat kali kedua di madinah kedua iaitu di Malaysia.