Tuesday 25 December 2012

PEJUANG MUKMIN


Pejuang mukmin
Berjuang berlandaskan perintahNya
Bersama panduan mursyid
Islam praktikal diperjuangkan

Pejuang mukmin
Tidak berjuang bersama emosi
Kerana dizalimi
Kerana nafsu amarah

Pejuang mukmin
 Berjuang ikhlas keranaNya
Tidak mengharapkan fadhilat
Tetapi menagih redhaNya

Pejuang mukmin
Berjuang mengislamkan dunia
Membina akhlak mengusahakan taqwa
Mujahadah nafsu menepis segala lintasan hati

Pejuang mukmin
Tidak ghairah menumpaskan musuh nyata
Tetapi berjuang menundukkan musuh tersembunyi
Itulah yang diusahakannya






No comments:

Post a Comment