Saturday 24 November 2012

TUHAN MAAFKANLAH DAKU





Tuhan maafkanlah daku
kerana sering lalai padaMu
Tidak bersungguh mencintaiMu
Aku bimbang dapat kemurkaanMu

Tuhan maafkanlah daku
kerana tidak beradab padaMu
tidak bersungguh berjuang
Aku takut mendapat cercaanMu

Tuhan maafkanlah daku
Kerana tidak bersungguh berukhwah
Masih memilih dalam berkasih sayang
Aku khuatir akan dapat kemarahanMu

Tuhan maafkanlah daku
Kerana tidak syukur nikmatmu
banyak keluh kesah dengan ujianMu
Aku cemas jika Engkau tak menghiraukanku lagi

Tuhan maafkanlah daku
Hamba yang berdosa ini 
Terimalah taubat munajatku
Walaupun banyak cacat celannya



No comments:

Post a Comment