Sunday 24 March 2013

KEMANA PERGINYA AIR MANDI JENAZAH RASULULLAH S.A.W?

Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan 
Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah...

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya,Lalu syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?”.Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa,kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insya ALLAH”.

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama’ itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu).Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.

Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya,pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula.Akan tetapi syeikh tidak bertanya.Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya’rawi,“Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.

Syeikh berkata:“Adakah kamu mengetahui jawapannya?”

Beliau menjawab:“Ya”

Syeikh bertanya:“Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”

Beliau menjawab:“Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”

Syeikh bertanya lagi:“Bagaimana kamu mengetahuinya?”

Beliau menjawab:“Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”

Syeikh berkata:“Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”

Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun,lalu bertanya,“Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”

Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang.Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi ALLAH Taala dan RasulNya.

kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama’ yang menjadi pengerusi muktamar itu.


Saturday 23 March 2013

KONSPIRASI PEMBUNUHAN ULAMA BESAR SYIRIA

Pendahuluan:

Media-media Syria termasuk media barat telah melaporkan bahawa Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti telah terbunuh kerana "pengeboman" yang dilakukan di masjid Iman,tengah kota damsyik.

Persoalan:

Adakah benar Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti Syahid kerana di bom musuh-musuhnya?

Peristiwa ini berlaku ketika Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti mengadakan kuliah mingguan di masjid besar iman di kota damsyik.

Jika kita lihat di dalam gambar ini,di tempat kejadian, tiada langsung kesan-kesan letupan atau kebakaran akibat "pengeboman" sebagaimana yang dilaporkan.

Gambar bukti kejadian "Pengeboman" yang di laporkan media

Cuba kita perhatikan lampu, kipas-kipas dan juga cermin masjid, malah tiada satu pun lampu pecah akibat letupan yang didakwa tersebut?

Menjadi persoalan juga, kenapa sebiji bom yang membunuh lebih 42 orang di dalam masjid tapi tiada memusnahkan barang yang berdekatan?

Bahkan jika dilihat kepada mayat, kebanyakan daripada mereka seolah-olah ditembak dari jarak dekat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar sebelum daripada ini di dalam kebanyakan kes di Syria.

Jumlah mangsa meningkat kepada 42 Syahid dengan 84 cedera.

Antara yang terkorban termasuklah murid kanan dan cucu beliau.


Menurut fakta, laluan sekitar masjid berkenaan merupakan kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa yang menjadikannya mustahil untuk pemberontak menyalurkan senjata dan bahan letupan ke dalam sana.

Siapa pihak berkuasa yang melindungi Ulama besar ini?

Sudah tentu pihak berkuasa yang dimaksudkan adalah Rejim Asad As-Sufiyani sendiri yang melakukan angkara jahat ini.

Faktor pembunuhan Syeikh Said Ramadhan:

Sejak kebelakangan ini, Syeikh Dr Bouti telah mula berpaling arah dan menyatakan kesediaanya untuk menyokong rakyat dalam revolusi mengguling pemerintahan Assad. 

Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera.

Beliau juga telah merancang untuk keluar dari Syria bersama keluarganya. Perkara ini juga mungkin menjadi faktor pembunuhannya.

Rejim Asad sejak dari awal telah berjaya menghidu segala gerak kerja dan perancangan ulama besar ini, jadi tidaklah hairan kerana di sekeliling ulama besar ini ada yang menjadi mata-mata kepada Rejim Al-Asad! 

Al-Fatihah Ulama pewaris Nabi / Pejuang Agama


Beberapa peristiwa sebelum kesyahidan beliau:



Telah berkata Al-Habib Ali Al-Jufri,"Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) 

Berkata pada akhir kalamnya:

"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira"

Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku"

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata:

"Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku,maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" 

(yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)



Walau bagaimanapun pandangan masyarakat tentang beliau di saat fitnah bumi Syam berlaku,beliau tetap guru, ulama', murabbi dan mursyid di zaman ini. Jasanya terhadap Islam tidak diragui melalui siri penulisan kitabnya dan medium dakwahnya.


Jenazah Allayarham As-Syahid Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti dimakamkan bersebelahan makam Sultan Salahudin Al-Ayubi di Syiria,ini merupakan satu penghargaan,kemuliaan dan keampunan Allah buatnya,Subahanallah....





Sunday 17 March 2013

SEKS HARAM YAHUDI BERLELUASA!


Apa itu Seks Haram Yahudi?

Merupakan perhubungan lelaki perempuan atau hubungan sejenis tanpa ada ikatan nikah perkahwinan, atau erti kata lain adalah seks haram di sisi Islam.


Perkara ini merupakan agenda besar yahudi untuk merosakkan zuriat dan keturunan manusia terutamanya umat islam, agar leka dan seronok terhadap dunia, lupa kepada Allah dan Rasul.


Yahudi sudah berjaya mereka cipta pelbagai hubungan badan yang haram di sisi agama, ianya sungguh kotor dan menjijikkan.


Yahudi adalah penaja besar dalam menjayakan projek merosakkan keturunan manusia dan menambahkan lagi huru-hara dunia.


Yahudi telah berjaya membesarkan nafsu manusia dan menggunakannya ke jalan yang salah dan haram, sekaligus telah melahirkan generasi yang derhaka kepada agama dan melahirkan masyarakat yang jahat.


Antara seks haram yang diperkenalkan yahudi:


  • Gay
  • Lesbian
  • Biseksual 
  • Transgender

Bagaimana yahudi mempromosikan seks haram ini?
  • Hiburan seperti nyayian/tari-menari
  • Iklan lucah
  • Laman sesawang
  • Drama dan movie
  • Pusat-pusat hiburan seperti kelab malam
  • Pusat maksiat seperti hotel,rumah urut.


Banyak lagi promosi seks haram yang ditaja dan dipromosikan oleh yahudi di seluruh dunia,sama ada disedari atau tidak.

Kini dengan teknologi yahudi yang sudah dihujung jari, sangat sukar membendung anak-anak dibawah jagaan ibu bapa dan yang belum berkahwin daripada terlibat dengan maksiat di hujung jari seperti penggunaan telefon canggih, alat penyambung jaringan sesawang seperti Internet,wi-fi,Broadband di rumah dan di dalam bilik, inilah antara punca pergaulan bebas yang membawa kepada maksiat.

Inilah antara punca gejala bebas sangat berleluasa,pembuangan bayi merata-rata,kelahiran anak tanpa nikah meningkat setiap tahun,dan macam-macam lagi huru-hara jahiliyah yang sedang hebat berlaku kini.

Inilah kerja-kerja jahat yahudi dari berkurun-kurun lamanya untuk merosakkan zuriat dan generasi manusia terutamanya umat islam agar semakin jauh dari Allah dan Rasul dan menjadikan yahudi (Barat) sebagai ikutan panduan mereka.

Kini tidak cukup dengan itu, yahudi sudah merosakan minda dan memperkembangkan ideologinya kepada pemimpin-pemimpin dunia, tidak terkecuali pemimpin negara islam, sampaikan ada yang terjerat dengan skandal seks, begitulah yahudi hendak menjatuhkan pemimpin dunia melalui seks haram.

Tidak hairanlah, sampaikan ada pemimpin-pemimpin dunia, malah ada juga pemimpin-pemimpin di negara islam sendiri mempromosi dan memperjuangkan seks haram yahudi kepada masyarakat dan negaranya, ini adalah satu penghinaan dan jelas kejahatan yahudi "membayar" dana promosi yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin yang dilantiknya, juga jika yahudi hendak menjatuhkan seseorang itu, mudah sahaja dengan membuatkan fitnah mengenai seks haram orang tersebut.

Jahatnya yahudi merosakkan dunia dengan merosakkan keturunan!



Hindarilah diri anda semua daripada maksiat, jauhi seks haram yahudi, berkahwinlah untuk membentuk nafsu yang taat kepada Allah,Memelihara keturunan,membentuk generasi bertaqwa, menjaga adab kesopanan dan ketatasusilaan, juga maruah diri,keluarga,masyarakat,negara dan lebih penting maruah agama kita!

"Orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. katakanlah "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)" dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."

(surah Al - Baqarah :120)




Tuesday 12 March 2013

PETI THABUT (THE ARK OF THE COVENANT)

Replika peti thabut (the ark of convenant)


Peti Thabut telah menjadi satu hal yang misteri sekian lama.Hanya sekali disebut di dalam Al-Quran. Firman Allah swt bermaksud :

Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan itu ialah datangnya peti Thabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah: 248)


Apakah itu Peti Thabut dan kandungannya:

Peti Thabut merupakan warisan khazanah nabi bani Israel,iaitu nabi musa dan harun a.s, sebuah peti yang mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis penulisan Kitab Taurat Nabi Musa a.s, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah lautan semasa dikejar Firaun, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Manna.

Bani Israel percaya bahawa Peti Thabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Thabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang, ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.

Maksud “SAKINAH”:

Sakinah bermaksud kebaikan,ketenangan dan ketenteraman.

Ada beberapa ayat al-quran yang ada perkataan ‘sakinah’,antaranya ialah :

“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Fath: 4)

“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya”
(Al-Fath: 18)

“(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka- perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman”
(Al-Fath: 26)



Sejarah peti thabut:

Peti Thabut berada dalam jagaan Bani Israel hanya selama 40 tahun, selepas itu Peti Thabut pernah berpindah tangan kepada orang Filistin, namun hanya untuk 7 bulan sahaja, orang Filistin mengembalikan Thabut kepada orang Israel semula kerana mereka mendakwa ketika mereka menyimpan Peti Thabut itu banyak wabak penyakit menular dan mengorbankan banyak nyawa. Akhirnya bila Nabi Daud a.s memimpin Bani Israel melawan orang Filistin, Thabut kembali semula ke pangkuan Bani Israel. Selepas itu Allah swt memerintahkan Nabi Daud a.s membina sebuah rumah suci untuk menyimpan Peti Thabut itu, lalu usaha itu dilakukan oleh anakandanya Nabi Sulaiman a.s. Menurut catatan dalam perjanjian lama, Peti Thabut disimpan disitu sekitar tahun 955 Sebelum Masihi, namun dalam sekitar tahun 620 Sebelum Masihi didapati Thabut telah lenyap atau hilang.

Sehingga kini,Peti Thabut telah hilang ditelan masa, ianya telah lenyap bersama sejarah. Tiada siapa yang tahu dimana Peti itu berada kecuali mereka yang diizinkan Allah swt. Bangsa Yahudi dan Dajjal sangat mencari kembali Peti Thabut ini.
Sebenarnya peti thabut ini telah di ghaibkan, Allah menyimpannya,sampai satu masa,Peti Thabut ini akan diketemui semula oleh Sayidina Haris Al-Harras R.A, seterusnya Sayidina Imam Mahadi A.S menunjukkan kepada umat yahudi (Bani Israel) ketika peperangan “Malhamah kubra” atau perang Armegedon, Apabila Yahudi melihat akan peti Thabut ini, maka berbondong-bondonglah mereka semua mengakui kebenarannya dan memeluk agama Islam, kecuali sedikit kerana kesombongan terus menentang dan berperang dengan tentera Al-Mahadi.




Thursday 7 March 2013

SENARAI GAYA HIDUP CIPTAAN YAHUDI


"Orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. katakanlah "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)" dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."

(surah Al - Baqarah :120)




Yahudi sudah berjaya menjenamakan dunia dengan jenama yahudi dan diiktiraf dunia,terlalu banyak "Brain wash" diperkenalkan yahudi,dan ini adalah antaranya:

Gaya Pemerintahan rekaan yahudi:
  • Democracy
  • Republic
  • Monarki
  • Ditactor
  • Secularisme

Gaya ekonomi buatan yahudi:
  • Capitalisme
  • Monopoly

Gaya pemikiran ciptaan yahudi:
  • Nasionalisme
  • Islamopobia
  • Comunisme
  • Sosialis
  • Liberal
  • Pluralisme

Gaya sikap yahudi:
  • Kronisme
  • Korupsisme
  • Kritisme
  • Hipocritisme
  • Feminisme
  • Zionisme
  • Antisemitism
  • Tolerancysme
  • Protocolysme
  • Revolutionisme
  • Transformisme
  • Conspiracysme
  • Theorynisme

Gaya fahaman yang dibentuk yahudi:
  • Syiah
  • Wahabi
  • Mutazilah
  • Khawarij
  • Etisme

Inilah antara sebilangan kecil senarai ciptaan yahudi yang popular,banyak lagi agenda-agenda yahudi di dalam "Brain wash", sama ada yang dapat dikenalpasti atau sebaliknya,semuanya ini adalah tektik dan teknik yahudi membentuk perwatakan dan cara berfikir masyaraka dunia. Dari generasi kepada generasi yang baru,habis di"Brain wash"kan kesemuanya, agar tunduk dengan segala sistemnya,Jahatnya yahudi itu menjenamakan dunia mengikut jadual dan citarasa mereka,Seluruh dunia diasuh ditentukan olehnya,Hebat yahudi menipu dunia,inilah dajjal kecil! pakar konspirasi didikan dajjal! Inilah zaman fitnah! Yahudi sedang berbangga bersama empayar kegemilangannya ini,Inilah sandiwara dunia,Yahudi sendiri sudah berjaya menjauhkan Allah dan Rasul dihati manusia lebih-lebih lagi umat islam di seluruh dunia,Janganlah kita tertipu lagi dengan pelbagai dakyah-dakyahnya yang merosakkan dan melemahkan kita sendiri, ingatlah Zaman empayar daulah islam akan menjelma tidak lama lagi,jadual Allah tetap berlaku pada masaNya dan kehendakNya, Ampun maaf semua, wassalam....


Monday 4 March 2013

KHAS UNTUK KESULTANAN SULU: NASIHAT MENGENAI KEBANGKITANMU DIDALANGI AGENDA YAHUDI

Kebangkitan kesultanan Ahlul bait
Di nusantara ini
Sudah diketahui isyaratnya
Tetapi kebangkitannya 
Bukanlah dari petumpahan darah 
Saudara seagama!

Kebangkitan ini sungguh ektremis!
Merebut mengungkit hakmu yang hilang
Secara paksa dan ganas
Oleh mereka yang mengelarkan diri 
Daripada kesultanan sulu
Inilah didalangi yahudi!
Perebutan pengaruh kuasa antara mereka

Kesultanan sulu kini
Mempunyai masalah besar
Perebutan tahta oleh pewarisnya
Kapal sudah menjadi dua nahkoda
Masing-masing berkepentingan sana sini
Sedangkan dirimu belum berdaulat diiktiraf
Kerana belum masanya lagi 
Engkau dijanjikan Tuhan
Ikutlah jadual Tuhan!
Engkau sudah memilih jalanmu sendiri
Inilah bahananya! 


Masa inilah yahudi nantikan
Atas persengketaan sesama islam
Campur tangan untuk kembali menjajah
Tidak cukup terhinakah kini dijajah minda?

Wahai saudara-saudara seagamaku
Mengapakah kalian bertindak melulu
Lupakan kalian akan janji Allah
Segala hak kita akan dipulangkan kelak!
Besabar dan bertenanglah!

Inilah akibatnya
Keberanian yang Allah kurniakan
Disalah gunakan olehmu
Mendatangkan lagi kemurkaanNya
Bertaubatlah sebelum terlambat
Sebelum nasi menjadi bubur!
Sekian....