Saturday, 23 February 2013

ZAMAN-ERA JEMAAH PERJUANGAN PUTERA BANI TAMIM


Mohon izin RSA untuk menyampaikan sebuah perkongsian mengenai "zaman dan era jemaah perjuangan putera bani tamim":

PENDAHULUAN:

Inilah jemaah yang bertarekat Aurad Muhamadiyah yang paling bungsu dan penutup segala tarekat,juga hanya jemaah inilah sahaja yang membawa Aurad Muhamadiyah untuk diperjuangkan, Abid dan pejuang. semestinya jemaah ini yang dijanjikan Tuhan, kerana jemaah kebenaran hanya ada satu, tiada dua dan tiga, walau apa sahaja ujian melanda,jemaah ini tetap sampai ke penghujungnya mengikut jadual Tuhan,ianya tanpa boleh digugat atau dihancurkan oleh musuh-musuh Tuhan, malah musuh-musuh Tuhan menjadi semakin lemah dan terhina di dunia lagi, seperti mana ada beberapa hadis sohih mengenai sebuah thoifah/jemaah di setiap zaman/kurun iaitu:


"Rasulullah SAW bersabda:
 Akan sentiasa ada satu thoifah daripada umatku yang dapat menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang yang menentangnya."

Sabda Nabi SAW:
"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al-Mahdi."
(At-Tabrani)

Dari Abdullah bin Al-Haris RA katanya Nabi SAW bersabda:
"Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya." (Ibnu Majah & At-Tabrani)





ZAMAN 1: YAYASAN DARUL ARQAM GROUP&COMPONIES

Pada zaman Al-Arqam atau Darul Arqam adalah zaman pencetus dan permulaan jemaah putra bani tamim,merupakan sebuah pertubuhan islam yang tidak berdaftar di mana-mana rangkaian sistem peraturan pertubuhan,ianya merangkumi beberapa peringkat era yang banyak dan pelbagai tahap, kerana zamannya cukup panjang menjangkau hampir 30 Tahun penubuhannya,pada zaman inilah bermulanya zaman keemasan islam di sebelah timur, sebuah thoifah kecil memeriahkan islam di zamannya, hanya berlaku sekali sahaja di kurun dan zaman tersebut, pada masa itu, suasana dan keadaan penghayataan islam sangat hebat,indah dan meriah sekali di tanah air malaysia,rasa ketenangan dan kebahagian dapat dirasai oleh roh pada waktu itu, berkat dan rahmat Allah yang mencurah-curah pada zaman tersebut,masyarakat luar pula mula terdidik dan di didik dengan pelbagai pengisian yang murni dan mengikut fitrah asal manusia iaitu kebaikan,di sini dinyatakan antara era-eranya:




  • Era meneroka hutan belantara
  • Era Perkampungan islam
  • Era pendidikan islam
  • Era dakwah islam (secara berkasih sayang)
  • Era permulaan ekonomi islam fardhu kifayah
  • Era penerbitan dan kebudayaan islam
  • Era Nasional & Sufi berteknologi tinggi
  • Era Antarabangsa
  • Era kerohanian
  • Era Ekonomi komersial & Strategik keseluruh negara dan dunia
  • Era pengharaman kerajaan di Malaysia

Setiap era yang berlaku ini, terdapat beberapa saringan kecil,jelas terdapat ujian dari Tuhan untuk menyaringkan ahli-ahli yang berkepentingan, sebelum saringan besar-besaran berlaku pada masa era pengharaman, sememangnya saringan besar-besaran sangat perlu bagi menilai keikhlasan,ketaatan dan kesetiaan yang sejati ahli jemaahnya, juga menyaringkan ahli-ahli yang berkepentingan dan juga yang mempunyai niat-niat yang tersembunyi didalam jemaahnya.Selepas penyaringan pertama, teserlahlah siapa yang dalam diam-diam menjadi 'musang berbulu ayam', dihadapan membela dibelakang memusuhi dalam senyap, beberapa penentangan yang berlaku di zaman arqam kesemuanya membuat pengikut dan kumpulannya yang tersendiri, namun hingga kini masih gagal membuat jemaah baru, melainkan apa yang terjadi nampaknya semakin jauh dari Tuhan.
  
ZAMAN 2: RUFAQA COPORATION


Selepas pengharaman, telah berlaku saringan besar-besaran terhadap ahli-ahli jemaahnya, termasuk diuji dengan fitnah sesat dan di ISA selama beberapa tahun, juga menjadi tahanan buangan daerah selama 10 tahun, walau bagaimanapun, jemaah perjuangannya tetap berjalan dan berkembang,tiada pernah berhenti atau terkubur, begitu ajaibnya, malah semakin berpengaruh dan membesar selepas penubuhan nama baru iaitu Rufaqa Coporation, nampaknya pemakaian serban dan jubah yang telah diharamkan,seterusnya ditukar gantikan kepada pakaian ala koprat islam yang tampak semakin berwibawa,sesuai dengan zaman,gaya dan teknik perjuangan terbaru daripada seorang mujadid, sampaikan musuh tertipu dan tidak menyangka jemaah yang dilihat hanya sudah tertumpu kepada perjalanan ekonomi semata tetapi semakin banyak era-era baru tercetus dan telah menjadi pengisian dan penerapan baru kepada setiap ahli-ahlinya, juga jemaah menjadi semakin kaya dan berkembang, sebelum meneruskan kembali penyambungan era-era baru di zaman perjuangan yang berikutnya, putera bani tamim menerapkan kembali asas kekuatan,kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya iaitu dengan penambahbaikan dan penerapan Solat yang agung, memperbaiki hubungan dengan Tuhan, mendapatkan Tuhan juga menjiwai pelbagai-bagai rasa kehambaan untuk memulakan dan meneruskan kembali perjuangan ini,di sini dinyatakan beberapa era penting kepada perjuangan jemaah putera bani tamim:
  • Era Permulaan pembukaan bandar islam
  • Era koprat,perhubungan dalam&luar negara
  • Era power dan syafaat putra bani tamim
  • Era vakum dan pembersihan
  • Era gaya baring & dalam selimut
  • Era Perantara (Wasilah) bermula dari zahirnya putra bani tamim, sehingga keghaibannya,iaitu sehingga masa kini,untuk menyampaikan segala arahan dan panduan

Selepas Rufaqa coporation diharamkan di selangor oleh KDN, bermulalah kembali penjenamaan semula dilaksanakan diseluruh dunia,juga berlaku sekali lagi saringan terhadap ahli-ahlinya yang tidak yakin dan putus asa/kecewa.

ZAMAN 3: GLOBAL IKHWAN SDN BHD

Proses penjenamaan semula syarikat berjalan lancar,ibarat seperti tukar baju sahaja, begitu hebatnya perjuangan jemaah putera bani tamim, tidak boleh dihalang atau ditahan, semakin dihalang semakin berpengaruh berkat pembelaan kerajaan ajaib terhadapnya, Allah dan Rasul bersama jemaahnya dan meredhai jemaah ini,juga jemaah ini sahaja yang menepati ciri-ciri jemaah rasulullah dan jemaah ikhwan diakhir zaman, juga digelar sebagai jemaah malaikat, kerana setiap ahlinya didik rasa berTuhan yang tinggi, rasa cinta dan takutkan Tuhan, berjuang untuk islam dalam menegakkan sistem ekonomi islam dan sebgainya,antara beberapa era khusus jemaah Global ikhwan sdn bhd ialah:
  • Era hati dan roh
  • Era ghaib (putra bani tamim ghaib)
  • Era power kaabah
  • Era Pembukaan bandar RSA keseluruh Zon GISB
  • Era harmain
  • Era empayar (Terkini)
  • Era Daulah islam kali kedua
Semasa di era Ghaibnya putera bani tamim, ramai masyarakat dan musuh menyangka bahawasnya jemaah ini bakal terkubur,dan mereka sangat menunggu dan menanti-nantikannya,sebaliknya apa yang terjadi, segala sangkaan tersebut jauh meleset sama sekali, kerana berkat RSA berperanan secara roh, terus menerus membimbing jemaah kebenaran ini, malah semakin membesar dan berpengaruh, dibuka jalan yang luas untuk jemaah kebenaran ini bergelanggang dan menawan dunia secara berkasih sayang, itulah yang terjadi, malah dengan keadaan dan situasi jemaah terkini sudah di peringkat empayar, masyarakat luar juga dapat merasainya, mereka merasakan juga bahawasnya jemaah ini pemimpinnya yang ghaib masih berperanan, itulah luahan hati kecil manusia yang kagum dan tersentuh hati melihat kemeriahan dan keindahan islam yang dilaksanakan secara praktikal oleh putera bani tamim dan jemaah perjuangannya, juga sekarang sudah berada di puncak iaitu antara daerah persimpangan yang terakhir sebelum daulah islam kali kedua, iaitu era daulah dengan kembalinya Putra bani tamim dan Imam Mahadi selepas keghaibannya, Jemaah ini masih kekal sampai ke hari ini, juga bilangan ahli semakin mengecil,sedangkan pengaruh dan cawangan empayar semakin membesar, begitu ajaibnya percaturan kerajaan ajaib yang diketuai oleh Nur Muhammad dalam memandu jemaah yang dijanjikan ini,hasilnya semakin ke penghujung jemaah ini sebelum daulah,semakin ada beberapa kumpulan besar yang dibuang dan tersaring seterusnya membentuk jemaah kelompok baru ciptaan sendiri dan sangat keras menentang bekas jemaahnya sendiri iaitu:
  • JP-Jubah putih                       (Diketuai oleh cikgu Hashim Jaafar)
  • GBA-Geng bola albab                 (Diketuai oleh Tok Hashim Muhammad)
**Kedua-dua Hashim ini mengaku sebagai Putra Bani Hashim,sedangkan pemegang gelaran Al-Hasyimi adalah Putera Bani Tamim, dan beliaulah yang akan menyerahkan gelaran ini nanti kepada seorang pemuda yang dipilih Tuhan dan RSA.

(Inilah adalah antara kelompok besar,mereka ini dapat bersatu sesama mereka untuk mengumpul kekuatan menentang dan memusuhi secara keras dan nyata terhadap Global ikhwan sdn bhd)

Kini jemaah ini pintu kemasukan ahli sudah tertutup rapat,tetapi pintu keluar dibuka seluas-luasnya, ada juga beberapa ahli muka baru didalam jemaah, tetapi sangat terpencil, juga kerana berkat keizinan putera bani tamim kepada sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh hendakkan islam dan jemaah, akan diberikan peluang,segala kemasukan dan keluar ahli tidak memerlukan borang keahlian, kerana ini jemaah tarekat, sesiapa sahaja yang dikehendaki Tuhan akan dapat masuk dan juga boleh terkeluar sendiri atau dibuang jemaah, itulah yang berlaku dari zaman permulaan sehinggan kini, jemaah ini kebiasaanya sudah pasti mempunyai kawan yang membela, juga tidak lupa memiliki musuh-musuh yang ramai yang mahu mengigit dan meratahya, akan tetapi kesemuanya dibela dan diberi pertolongan oleh kerajaan ajaib Nur Muhammad untuk jemaah ikhwan yang dijanjikan ini, tidak pula dinafikan,Walaupun ada penentangan orang luar (masyarakat awam) dan bekas ahli jemaah yang tersaring atau dibuang, jemaah perjuangan putera bani tamim tetap kehadapan dan semakin berwibawa, juga semakin jelas kebenaran bersamanya serta kemenangan demi kemenangan yang Tuhan datangkan secara nyata, jemaah ini semakin mendapat perhatian,sokongan dan pembelaan, Mengenai fatwa yang dikeluarkan kerajaan suatu ketika dahulu sudah menjadi seperti mereka sendiri yang terasa 'tercabar' dan rasa 'terkena pada batang hidung sendiri', dan malu pada diri sendiri dengan jemaah perjuangan putera bani tamim, kerana antara asbab pengharaman jemaah ini pun kerana pihak pemerintah membimbangi pengaruh islamnya menguasai negara, juga sudah di ibaratkannya seperti 'negara dalam negara', 'kerajaan dalam kerajaan',kerana itulah mereka seperti 'takut akan bayang-bayang mereka sendiri', kini kekuatan jemaah ini diseluruh dunia menyamai sebuah negara yang luas merangkumi dua pertiga dunia, dengan di setiap benua ada wakil-wakil yang dihantar oleh putera bani tamim dan bergelanggang disana, semakin teserlahlah kebenaran dan hanya jemaah ini yang menjadi penyelamat kepada manusia sekaligus bernaung dibawahnya, jemaah ini akan diserahkan kembali kepada tuannya iaitu imam mahadi,seterusnya dunia mula menuju era daulah dan islam bangkit serta kembali syumul buat kali kedua,tiada siapa yang dapat menghalang atau mengagalkan,kerana jadual Allah adalah tepat pada masa kehendakNya,Era daulah adalah garisan penamat jemaah ini, Sebelum memasuki era daulah, akan ada lagi saringan demi saringan yang bakal berlaku tanpa diduga dan dijangka oleh setiap Ahlinya, untuk memastikan bahawasanya jemaah ini akan diserahkan secara bersih dan suci, kelak nanti seluruh dunia akan di jemaahkan oleh Imam mahadi dan Putera bani tamim, sekian sahaja terima kasih,Ampun maaf,salam kasih sayang & wassalam...


No comments:

Post a Comment